CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 859|Reply: 0

[Tempatan] Md Nor Yusof kini pengerusi kumpulan Ambank

[Copy link]
Post time 29-4-2022 11:58 PM | Show all posts |Read mode
Md Nor Yusof kini pengerusi kumpulan Ambank[size=14.399999618530273px]Bisnes HM
[email protected]




Tan Sri Azman (kiri) menyerahkan tugas sebagai Pengerusi Kumpulan AmBank kepada Tan Sri Md Nor (kanan) sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sulaiman Mohd Tahir.




Kuala Lumpur: Kumpulan AmBank hari ini mengumumkan pelantikan Pengerusi baharunya, Tan Sri Md Nor Yusof, berikutan persaraan Tan Sri Azman Hashim, pada 29 April 2022.

Md Nor mempunyai kerjaya yang cemerlang dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam pengurusan kanan dan peringkat lembaga termasuk kepakaran yang luas dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi, Md Nor menerajui Kumpulan Bank of Commerce dari tahun 1982 hingga 2000.

Beliau juga telah memegang pelbagai peranan antaranya sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Pengerusi Kumpulan CIMB, Pengerusi Malaysia Airlines Berhad, Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Khazanah Nasional Berhad, serta Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Beliau juga merupakan Pengerusi Yayasan CIMB terbaharu dari 2016 hingga 2022.
Beliau akan terus memegang jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Hasanah.



Disiarkan pada: April 29, 2022 @ 10:38am





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.115370 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list