View: 1827|Reply: 9
|
[Tempatan]
Lonjakan kes positif Kategori 1 & 2 selepas Aidilfitri- KKM
[Copy link]
|
|
Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes positif Covid-19 selepas sambutan Aidilfitri meningkat tetapi kebanyakan adalah Kategori 1 dan 2 iaitu tiada gejala dan gejala ringan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Dia berkata KKM telah memperhatikan trend kes Covid-19 untuk tempoh dua bulan lepas mendapati 99.5 peratus kes adalah Kategori 1 dan 2 malah kemasukan kes positif ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) serta penggunaan bantuan alat pernafasan semakin berkurangan dengan kes kematian juga berkurangan.
Katanya, lebihan kematian pada 2020 dan enam bulan pertama 2021 adalah rendah dibandingkan sebelum pandemik dan mendapati lonjakan lebihan kematian pada Julai dan Ogos tahun lepas.
“Namun, lebihan kematian berjaya diturunkan pada Ogos dan bulan seterusnya dengan liputan vaksinasi yang tinggi dengan populasi dewasa melebihi 99 peratus, remaja pada 92 peratus dan dos penggalak menghampiri 70 peratus.
"Ini memberi keyakinan untuk membuka semua sektor dan kembali kepada seolah-olah prapandemik tetapi ia belum berakhir.
"KKM masih menggunakan empat kaedah menangani Covid-19 iaitu dengan liputan vaksinasi, ubat antiviral, kesihatan awam yang masih mengekalkan pemakaian pelitup muka di tempat sempit dan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka tetapi sesak masih digalakkan serta melaksanakan ujian kendiri jika bergejala," katanya kepada media selepas menyantuni petugas kesihatan di Hospital Putrajaya yang bertugas pada 1 Syawal, hari ini.
Noor Hisham berkata sebanyak 1,503 kes positif dicatatkan semalam dan ini adalah satu perkembangan baik berikutan liputan vaksinasi memberi imuniti kelompok kepada masyarakat.
"KKM berharap trend ini kekal supaya dapat mengharungi Covid-19 dengan baik dan hidup bersama virus dalam peralihan ke endemik. Kalau kita bekerjasama dan bertanggungjawab dengan menjalankan kawalan kendiri akan dapat membendung penularan."
Setakat ini selepas pembukaan semula sempadan negara pada 1 April, KKM jangka kes meningkat tetapi kes makin menurun.
Ini menunjukkan ketahanan imuniti kelompok iaitu vaksin dan mereka yang dijangkiti telah pulih mempunyai ketahanan imuniti semula jadi.
https://www.malaysiakini.com/news/619996
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Imuniti kelempuk tersenyum sinis
|
|
|
|
|
|
|
|
Bergantung pada kewaspadaan.. Waspada amalan kita.. Selamat Hari Raya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anti vaks pure blood tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak ikut...sampai abag jamil.............m......s.( sama dengan selsema) mana boleh elak |
|
|
|
|
|
|
|
tak pelik pun nak2 dgn sop terbaru ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Good luck..jgn lupa jolok idong 3-5 hari lagi. Group photo bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
meols pun dah tak kuasa nak suh bebudak buat saliva test seblm masuk ofc senin ni, masuk je la opeh mcm biasa.. pandai2 la korang
|
|
|
|
|
|
|
|
Never ending story...cuma kita semua just beware on what is going to happen next! May God stops the plan. |
|
|
|
|
|
|
|
penyambut raya keamatan tersenyum sinis.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|