CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1160|Reply: 14

[Tempatan] Public Health Malaysia (PHM) bagi tips introvert berhari raya

[Copy link]
Post time 4-5-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Perayaan Aidilfitri tahun ini memberi kemeriahan kepada orang ramai kerana tiada lagi sekatan yang dikenakan bagi meraikan hari raya bersama keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan.

Namun, bagi individu yang mempunyai masalah introvert, berada dalam satu kelompok manusia yang ramai seperti majlis sosial dan rumah terbuka ketika hari raya mungkin meresahkan mereka.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook memaklumkan individu introvert bukan bermakna mereka pemalu, sombong atau tidak suka berkawan, tetapi lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian secara bersendirian.

Dalam pada itu, PHM memberikan beberapa tips yang boleh dilakukan oleh golongan tersebut untuk merasakan keselesaan ketika berada di majlis sosial.

“Antaranya, kenal pasti siapa dikalangan saudara yang anda selesa untuk bersama.

“Selain itu, jika anda berasa selesa dan sukakan kanak-kanak, lakukan aktiviti bersama mereka,” katanya.

Jelasnya PHM lagi, selain bergaul bersama manusia, golongan introvert ini juga boleh menjadikan haiwan peliharaan seperti kucing sebagai peneman.

“Mereka juga disarankan memperbanyakkan mendengar dan memberi maklum balas denga gaya badan seperti mengangguk, senyum dan ketawa.

“Ketika berada di majlis sambutan hari raya pula, jangan terus bersikap menyendiri, malah disarankan untuk menjamu hidangan yang disediakan bersama dengan tetamu lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekejap2 blh lh
Takat mkn2 sikit
Sembang lite2
Then balik
X blh lm2 jadi rimas
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 02:10 PM | Show all posts
apahal pulak introvert tu adalah masalah?

tu adalah sifat ..

introvert bukan kemurungan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi kucing, mknn, duit raya dah ok
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 4-5-2022 02:10 PM
apahal pulak introvert tu adalah masalah?

tu adalah sifat ..

Bagi individu tu sendiri tak de masaalah..tp yg menengoknya yg melebih2 pulak..ada je dulu kwn aku jenis  over extrovert duk ngajak kwn aku yg introvert gi hangout on wknd..dia tak suka sb dia sama cam aku jneis yg kluar dgn husb n anak2 je. Habis dikutuknya org tu kata anti sosial
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 02:56 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 4-5-2022 02:57 PM

oh well... yg penting pi makan ketupat , say Hi apa lebih kurang ...then balik tengok k drama.esok pi beraye lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tengah2
tp tengok pada keadaan klu ramai awek2 cun mmg tak nak aku menyendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah org kita.....

Bila org tu tak mcm dia, akn dipandang bermasalah.....
Acik² kg selalu kata....sian si mona tu, tak kawin.....
Klu depan aku, senang je aku jawab, dia tak kawin bkn bermakna hidup dia tak heppi, dia lebih suka mcm tu.....tu pilihan dia. .  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_premierleag at 4-5-2022 04:40 PM
jazaa100 replied at 4-5-2022 04:05 PM
Masalah org kita.....

Bila org tu tak mcm dia, akn dipandang bermasalah.....


Mmg gitu la orang kita esp meleis ni
Asal tgk andartu/bujang terlajak tak kawen lg masa raya je mesti depa ckp Kesian bagai
Dia tak tahu yg andartu/bujang terlajak tu raya ke-4 bakalan fly ke swiss ya utk holiday.lps swiss sambung pulak ke bavaria,hallstat,prague bagai....apa khelass london2 ni sume.acik kepam yg tak penah pi obersi je hadap london.....pas 2 mggu holiday sakan baru blk ke KL ya
Tau2 je keluar gambo holiday sakan berderet2 kat FB sambil acik2 kepam sume urut dada memasing jeles tgk andartu dan bujang telajak holiday.
Yg dah beranak pinak ni kene singsing lengan kt dapur bagai sambil kepam2,  kene hantar anak masuk asrama sambil hadap jem kt highway
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang takde anak lak pun acik2 meleis ni duk kesian2 bagai
Eh bukan sume org nak anak ya walau dh kawen.
Weols lps raya ni nak pi diving dgn geng2 divers lain
Kowser aihh nak layan acik2 kepam meleis yg suruh org folo template kehidupan diorg nih
Org lain ada life memasing la
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
salam makan cabut.jangan tumpang kenderaan orang lain.bawak kenderaan sendiri senang nak berambus
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kampung tak sua sangat introvert ni. Tak pandai bergaul katanya. Tempat paling best bagi introvert ialah bilik sendiri di rumah sendiri. Hihihi. Pi beraya kejap jer pastu kena balik cari ketenangan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya yg Ada masalah ngan introvert is extrovert themselves..pantang orang senyap sibuk je nak tegur apsal senyap sgt. Patut introverts fight back cakap apsal extrovert bising sgt, tak normal..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingersting at 4-5-2022 08:46 PM
cmf_premierleag replied at 4-5-2022 04:42 PM
Yang takde anak lak pun acik2 meleis ni duk kesian2 bagai
Eh bukan sume org nak anak ya walau dh kaw ...


Tak nak kawen atas pilihan  sendiri yg memang tak.mahu kawen walau mampoo atau belum jodoh menemukhen dgn yg seswai?

Nabi kata kalau ko mampo tapi tetap memilih utk tidak berkahwen.....ko bukan dari kalangan umatnya...

Komen?

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 4-5-2022 02:10 PM
apahal pulak introvert tu adalah masalah?

tu adalah sifat ..

Kannnnnnnn?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.183362 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list