CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1141|Reply: 11

[Tempatan] Yang ditunggu-tunggu. Pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar dibuka mulai 5 Mei 2022. 6 pagi - 10 malam setiap hari

[Copy link]
Post time 4-5-2022 11:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 6-5-2022 09:55 AM

Pintu sempadan Padang Besar dibuka esok
BERNAMA


Kangar: Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka esok bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pengarah Imigresen Perlis Khairul Amin Taib berkata, pengembara dari Thailand yang memasuki negara melalui pintu sempadan itu juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

"Semua pengembara sudah boleh masuk dan keluar melalui pintu sempadan Padang Besar bermula esok mengikut SOP yang sudah ditetapkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata, antara syarat yang ditetapkan oleh KKM, pengembara perlu lengkap status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap.

Bulan lalu, pintu sempadan Wang Kelian di Perlis dibuka kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand sempena pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April.

Disiarkan pada: Mei 4, 2022 @ 9:32pm

sumber: hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
hidup la balik padang besar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 06:30 AM | Show all posts
yang jadi masalahnya masuk thailand peraturan tak berubah pun....banyak process yang kena buat..( thailand pass/insuran) kecuali benda ni di kecualikan bagai orang malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 5-5-2022 03:37 PM

Haritu ada baca kat fb kot..thailand letak syarat mtk 1k sorang klu nk masuk thailand. Ramai la org kita komen bkn best sgt pon..bkn ada ape pon.. ..baik g turkey ada salji ha ha ada autmn ada springg hi hi
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 03:36 PM | Show all posts
selama ni dari 2016 aku masuk thailand naik kereta mmg kene beli insurans pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 4-5-2022 11:35 PM
Haritu ada baca kat fb kot..thailand letak syarat mtk 1k sorang klu nk masuk thailand. Ramai la org  ...

10k baht cash/travel cheque ....ada tulis di board dalam immigratiin office... Kena tunjuk cash dalam bilik officer depa bukan tempat stamp... .... Malaysian tidak perlu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2022 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Best le bleh jalan2 cari makan
Thai tea,pulut ayam,
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 5-5-2022 07:35 PM
Dwdrum replied at 5-5-2022 03:50 PM
10k baht cash/travel cheque ....ada tulis di board dalam immigratiin office... Kena tunjuk cash da ...


O ye ke..tq atas pencerahan sia..sy bc kat fb Travel agency mana tah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala sabar dan  tunggu lama sikit lg nnti jadi mcm biasa balik... Thailand pun perlukan majority pelancong dari Malaysia terutama negeri2 selatan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 5-5-2022 02:29 AM
O ye ke..tq atas pencerahan sia..sy bc kat fb Travel agency mana tah..


Sudah buat sebelum covid lagi.... Oh travel agent kata... rm1k seorang or 1 family?.... Yang foreigners 10k baht seorang... Memang sehingga masih pegang baht sebab kena declare di border walaupun tidak guna...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2022 09:55 AM | Show all posts
Kerinduan terubat di Padang Besar
    Oleh SYED AZLAN SAYED HIZAR
    6 Mei 2022, 9:11 am

PADANG BESAR – Pengumuman kerajaan membuka semula pintu masuk antarabangsa di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar semalam membawa erti yang cukup besar kepada penduduk sempadan di negeri ini.

Seorang pengembara dari Thailand, Sulkiflee Mahlee, 25, berkata, dia tidak bertemu ibunya hampir tiga tahun selepas sempadan negara ditutup akibat pandemik Covid-19.

Katanya, pembukaan semula sempadan negara semalam iaitu pada hari raya keempat lebih manis kerana berkesempatan untuk pulang bertemu ibu dan saudara-mara di Malaysia.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan mengenai pembukaan semula sempadan antarabangsa dan mendapat tahu sempadan ICQS Padang Besar dibuka hari ini (semalam) menerusi rakan-rakan.

“Selepas mengetahui sempadan akan dibuka, saya dan kakak serta suaminya terus menyediakan dokumen diperlukan pihak imigresen kedua-dua negara kerana tidak sabar mahu pulang berjumpa ibu,” katanya.

Pintu masuk antarabangsa ICQS Padang Besar dibuka se­mula semalam bermula dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam selepas ditutup pada Mac 2020.

Terdahulu, pintu masuk antarabangsa Pos Imigresen Wang Kelian turut dibuka lebih awal untuk pengembara melintasi sempadan dua negara pada 1 April lalu.

Ujar Sulkiflee, dia dan kakak­nya yang tinggal di kawasan Padang Besar (Thailand), wilayah Songkhla pulang untuk menemui ibu dan dua lagi saudara perempuannya di Kampung Melayu, Padang Besar di sini.

Katanya, bapanya merupakan warga Thailand dan berkahwin dengan ibunya yang merupakan rakyat Malaysia dan kediamannya di Thailand tidak jauh dari Kampung Melayu di sini.

“Jarak kediaman saya di Thailand dengan Kampung Melayu di Padang Besar, Thailand hanya kira-kira 10 kilometer (km) dan hanya dipisahkan dengan tembok sempadan.

“Saya hanya menaiki motosikal kira-kira 4km ke kompleks imigresen Thailand, berjalan kaki 2km ke kaunter ICQS Malaysia dan 4km lagi berjalan kaki untuk pulang bertemu ibu,” jelasnya.

Ujarnya, pembukaan sempadan Padang Besar bukan sahaja mengubati rindu kepada ibunya, malah memberi kemudahan kepada penduduk dua negara yang berkahwin campur dan tinggal di sempadan. -KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2022 03:25 PM | Show all posts
Padang Besar umpama mati hidup semula



SESIAPA saja yang melangkah masuk ke Perlis, pastinya rasa tidak lengkap kalau tidak berkunjung ke Padang Besar.

Mana tidaknya Padang Besar yang bersempadan dengan Thailand ini sekian lama menjadi tumpuan sebagai tempat membeli-belah paling “lejen” di negeri paling ke Utara ini.

Bagaimanapun dengn pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Padang Besar juga mendapat tempias kesan ekonomi sehingga menjadi pekan yang hampir mati.

Kalau ada yang berniagapun hanya beberapa kerat sahaja orang tempatan, itupun sekadar memberi peluang kepada pengunjun yang juga dalam jumlah sangat kecil supaya tidak pulang dengan tangan kosong.

Bagaimanapun dengan pengumuman semalam apabila kedua kerajaan iaitu Malaysia dan Thailand telah membenarkan penggunaan pas sempadan sekaligus memberi petanda Padang Besar akan kembali hidup dan ekonomi akan rancak semula.

Tidak dinafikan nadi penggerak kepada perniagaan di arked juga bergantung kepada peniaga dari Thailand yang tinggal bersebelahan sempadan.

Biasanya mereka ini berulang-alik setiap hari untuk membawa produk dari Thailand untuk dijual
di sini tetapi sejak PKP semua perniagaan terencat.

Tinjauan Suara Merdeka mendapati semakin banyak kedai di Arked dan Padang Ware Mart dibuka semula.

Bukan sekadar kedai menjual barang tetapi gerai makanan yang menyajikan selera Thai juga telah dibuka.

Padang Besar kembali sibuk apabila kawasan parkir sehingga di bahu jalanpun dipenuhi dengan kenderaan.

Peniaga dari sempadan Thailand yang lama terperap di kampung hanya sejauh lima kilometer dari sempadan Malaysia juga telah membuka lot gerai masing-masing

Penulis juga bertemu kembali dengan peniaga yang menjadi pilihan setiap kali membeli-belah di sini sebelum PKP.

Sekalipun di sebalik pelitup muka, suaranya yang dimiliki oleh lelaki peramah berusia 40-an yang membahasakan diri sebagai “Adik” ini masih dikenali.

Beliau adalah salah seorang daripada peniaga di sini yang setiap hari berulang-alik kerana tinggal di Padang Besa, Thailand.

Lebih menarik, penulis turut berada di kedai “Adik” bersama dengan sepasang suami isteri yang mengaku kedai ini juga menjadi pilihan mereka.

“Saya orang Perlis yang tinggal di Kuala Lumpur tetapi sebelum balik kalau datang Padang Besar, inilah kedai yang dikunjungi,” ujarnya.

Beliau juga seperti penulis, pelanggan tetap “Adik” ini kerana orangnya bukan sahaja peramah tapi mengamalkan sikap suka bersedekah dan sudah pasti harga patut yang tiada pada tempat lain.

Penulis sempat membeli kacang paling mahal di dunia iaitu makadamia sambil berbisik hendak beli sedikit sahaja untuk dirasa.

Daripada harga RM60 dapatlah beli RM10 dari kedai “Adik” ini tetapi kalau kedai lain semuanya bermula RM20 siap dipek.

Bagi yang biasa membeli-belah di Padang Besar sudah faham, apabila kembalinya peniaga dari Thailand bererti akan muncul pelbagai produk terbaharu dari sana.

Jadi tidak hairanlah, Padang Besar sentiasa menjadi pilihan membeli-belah kerana jika lambat memberi satu produk viral, kena cepat beli sebab Thailand biasanya tidak mengulang pengeluaran kerana sentiasa muncul dengan produk baharu. – SM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.045382 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list