CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 819|Reply: 12

[Tempatan] Umat Islam lemah tanpa petunjuk al-Quran

[Copy link]
Post time 5-5-2022 01:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-5-2022 09:36 AM

Umat Islam lemah tanpa petunjuk al-Quran


Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

MARANG:
Umat Islam di negara ini termasuk di seluruh dunia boleh menjadi lemah kerana tidak beramal dan mengikut petunjuk al-Quran.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Al-Quran menjadi petunjuk kepada keseluruh kehidupan manusia, kepada yang betul dan selamat hidup di dunia dan akhirat serta mengetahui perkara yang salah dan sesat, supaya ditinggalkan kerana menyebabkan binasa di dunia dan neraka di hari akhirat.

Kata beliau, berjaya atau tidaknya puasa yang diamal dalam masa sebulan, apabila berjaya membuktikan sifat takwa dalam diri penganutnya.

“Rasulullah SAW telah berjaya menunjukkan cara beramal dengan al-Quran dengan sempurna, sehingga berjaya mengubah perangai bangsa Arab, yang sangat buruk dan jahat, sehingga tenggelam dalam maksiat dan dosa.

“Menyatukan bangsa Arab yang berpecah sehingga berperang dan bunuh-membunuh sesama mereka. Apabila mereka beramal dengan al-Quran, mengikut petunjuk ajaran dari Rasulullah SAW, tiba-tiba mereka berubah menjadi bangsa yang baik perangainya.

“Bersatu padu dengan penuh kasih sayang bersama rahmat Allah daripada petunjuk al-Quran, bersama al-Quran adanya perpaduan ummah.

“Umat Islam bangsa Arab, yang beramal dengan petunjuk al-Quran yang diajar oleh Rasulullah SAW, telah berjaya menarik pelbagai bangsa lain di seluruh pelosok dunia masuk Islam dan menjadi umat Islam yang memimpin negara,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Marang berkata demikian ketika menyampaikan khutbah solat sunat Aidilfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Menurutnya, Islam memerintah dengan adil kepada seluruh manusia dan orang bukan Islam lebih rela menjadi rakyat di bawah kerajaan Islam.

“Adil kepada semua juga adalah sifat orang yang bertakwa. Islam berjaya menyatupadukan manusia pelbagai agama dan kaum. Dalam negara yang besar dan luas wilayahnya, selama beberapa abad lebih 1,000 tahun,” jelasnya.

Bahkan, katanya rumpun Melayu di Asia Tenggara masuk Islam dan mendirikan kerajaan Islam selama beberapa ratus tahun.

“Sekarang jumlah umat Islam di sini (Asia Tenggara) lebih dari 300 juta, menjadi antara umat Islam paling ramai dalam dunia.

“Mengapa tiba-tiba umat Islam menjadi lemah di zaman kita ini. Marilah kita menyelidik diri kita sendiri. Sebelum kita dihadapkan di hadapan Allah di hari kiamat.

“Walaupun ramai yang boleh membaca al-Quran dengan tajwid yang betul. Bahkan, ramai yang menghafal dan banyaknya sekolah-sekolah tahfiz.

“Marilah kita sedar dan insaf bahawa banyak petunjuk al-Quran itu tidak diamal dan diikut, hanya sekadar membacanya sahaja. Bahkan, umat Islam tidak ada kuasa politik setelah mereka dijajah oleh musuh-musuh Islam,” tegasnya.

Menurut Tuan Guru Abdul Hadi lagi, Rasulullah SAW berjihad, berjuang bersungguh-sungguh bagi mendapat kuasa politik, supaya dengan kuasa dapat menjadikan al-Quran petunjuk kepada seluruh kehidupan manusia.

Kemudian, katanya tugas itu disambung oleh para sahabat dan mereka yang setia beriman menjadi umat Islam yang bersatu, berpegang dengan al-Quran dan tunjuk ajar Rasulullah SAW.

Selepas selesai solat itu, diadakan rumah terbuka di Dewan Tok Guru di pekarangan Masjid Rusila, bagi meraikan orang ramai dan rakyat umumnya menyambut hari raya. – HARAKAHDAILY 2/5/2022


https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/02/umat-islam-lemah-tanpa-petunjuk-al-quran/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
A very good example....pentadbiran Kelantang.....

Riders atas nama agama
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 06:13 AM | Show all posts
hadi..................lidah berbelit..ikut suasana ( berbagai alam )
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajinnya TT baca harakahdaily.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:39 AM | Show all posts
tolong cermin diri pliz!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 07:42 AM | Show all posts
nampak kat Tv 1 Yb Tuan Ibrahim Tuan Man pakai songkok  hitam and baju melayu ucapkan selamat hurry raya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-5-2022 06:36 AM
Rajinnya TT baca harakahdaily.

Ahahaha…iols buat lapik kt dapur je musim2 raya ni..nk keringkn bekas, periuk2 pastu tohok
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi umat yg kuat.....ini resepi dia.
1. Umat yg punya minda yg terbuka (tidak jumud). Bolih terima kritikan dan perbaiki diri
2. Terkehadapan dalam sains dan teknologi
3. Kuat dalam ekonomi
4. Kuat dalam military

P/s Setakat menghadap Al Qur'an je tanpa buat sesuatu yg bermanafaat .....umat Islam tak kemana juga.  Kekal menjadi hamba dan mangsa umat lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 5-5-2022 07:42 AM
nampak kat Tv 1 Yb Tuan Ibrahim Tuan Man pakai songkok  hitam and baju melayu ucapkan selamat hurry  ...

Ko stim kewww?

Tak soleh sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis-habis nak salahkan penjajah. Malaysia sudah berpuluh tahun merdeka. Banyak pembaharuan yang dibawa oleh British ke tanah melayu dari segi pentadbiran awam,sistem demokrasi dan had kuasa raja-raja melayu. Bayangkan Malaysia ni monarki seperti Brunei. Raja ada kuasa total dan rakyat hanya ikut sahaja sama ada suka atau tidak. Sispa menentang dicop penderhaka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 5-5-2022 08:29 AM
Nak jadi umat yg kuat.....ini resepi dia.
1. Umat yg punya minda yg terbuka (tidak jumud). Bolih te ...

Jgn lupa yg baca quran tapi tak faham tu. Cuma harap pahala. Kang kalau kita tegur habis di neraka kan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-5-2022 09:13 AM
Tak habis-habis nak salahkan penjajah. Malaysia sudah berpuluh tahun merdeka. Banyak pembaharuan yan ...

Staff aku orang Thai kata untung Malaysia pernah dijajah British.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lobai masa cium mulot dgn dapig 1 masa dulu xde plk meroyan ikut quran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.273072 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list