View: 1214|Reply: 4
|
[Jenayah]
'Pembuli jalan raya' KL-Karak telah dibebaskan dengan jaminan polis
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu Toyota Alphard yang ditahan reman bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai memandu secara berbahaya di lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, dekat sini, pada awal minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, suspek dibebaskan pada petang ini selepas selesai proses mengambil keterangan.
“Sebelum ini suspek telah direman selama tiga hari sejak Isnin lalu untuk membantu siasatan selepas insiden itu tular di media sosial pada Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.
Sementara itu, menurut Azman, kertas siasatan kes buli yang membabitkan suspek berusia 43 tahun itu akan dilengkapkan pegawai penyiasat JSPT sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://malaysiagazette.com/2022/05/04/pemandu-toyota-alphard-dibebaskan-dengan-jaminan-polis/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejap jer dah setel..t20 tersenyum sinis. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 5-5-2022 10:21 PM
Kejap jer dah setel..t20 tersenyum sinis.
Biasalaa tuu haa.. masa abdul .... baginda kena tudoh munuh relek jah duk umah.. org kg aku kena tuduh rogol terus angkut.. biarlaa ini syurga mereka.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|