View: 1280|Reply: 3
|
'Mayat' Berpeluh Ketuk Penutup Keranda, Suasana Pilu Bertukar Huru-Hara
[Copy link]
|
|
Sumber Metro UK
Di Peru, upacara pengebumian seorang wanita terganggu apabila sebuah 'ketukan' kedengaran dari dalam keranda ketika keluarga mendiang Rosa Isabel Cespedes Callaca berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir.
Berdasarkan laporan Mertro UK, Rosa terbabit dalam kemalangan jalan raya di jalan Chiclayo-Picsi yang turut meragut nyawa abang iparnya dan menyebabkan anak saudaranya cedera parah.
Rosa disahkan 'meninggal dunia' akibat kemalangan ngeri itu dan kemudian dimasukkan ke dalam keranda sebelum anggota keluarga mengadakan upacara pengebumian.
Bagaimanapun, ketika saudara-mara mendiang bekerjasama mengangkat keranda tersebut ke bahu mereka tiba-tiba ada bunyi ketukan aneh kedengaran.
Sumber Social Telecast
Mereka menurunkan semula keranda itu dan membuka penutup untuk memeriksa punca bunyi aneh terbabit. Mereka mendapati Rosa masih hidup namun dalam keadaan yang sangat lemah.
Menurut penjaga tanah perkuburan, Juan Segundo Cajo berkata, 'mayat' terbabit tiba-tiba membuak mata dan dalam keadaan berpeluh.
"Saya segera ke pejabat dan menghubungi polis," katanya.
Susulan kejadian itum keluarga Rosa membawanya yang masih berada dalam keranda untuk dirujuk semula ke Hospital Ferrenafe. Pihak medik mendapati dia masih hidup kemudian menggunakan mesin sokongan nyawa untuk membantu Rosa.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas itu Rosa disahkan meninggal dunia. Buat kali kedua, ahli keluarga terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada mendiang.
Sumber The Sun UK
Keluarga Rosa kini menuntut jawapan dan tidak berpuas hati terhadap pihak hospital yang pertama kali mengisytiharkan kematian wanita berkenaan.
"Kami ingin tahu mengapa anak saudara saya bertindak balas semalam ketika kami membawanya untuk dikebumikan.
"Kami mempunyai video dia menolak dan menyentuh keranda," kata salah seorang ibu saudara mendiang.
Keluarga Rosa mengesyaki wanita itu sebenarnya koma namun kecuaian hospital itu menyebabkan dia diisytiharkan mati. Sekiranya perkara itu tidak terjadi, mendiang mungkin masih boleh diselamatkan.
Pihak polis kini sedang menyiasat apa yang berlaku di Hospital Wilayah Lamayeque, tempat pertama Rosa dirawat. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
mana vdeo dia tolak tu...deme x share ke |
|
|
|
|
|
|
|
Saman spital tu .nyawa org dibuat main |
|
|
|
|
|
|
| |
|