CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 661|Reply: 0

Tragedi Ketupat Palas

[Copy link]
Post time 5-5-2022 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi buat 31 ahli keluarga di Kampung Gajah Mati, Mersing apabila dua buah kediaman mereka musnah disambar api ketika sedang memasak ketupat palas untuk disedekahkan kepada orang ramai, semalam.


Malah lebih menyayat hati, kejadian pada pukul 4.45 petang itu turut menyebabkan 12 kucing peliharaan mereka mati.


Mangsa, Zawiyah Ripin, 54, berkata, kejadian itu berpunca daripada tempat memasak di bengkel membuat ketupat palas yang terletak di bahagian tengah antara dua buah rumah terbabit.




Keadaan dua buah rumah yang musnah dalam kebakaran petang semalam di Kampung Gajah Mati, Mersing.





“Api marak dengan cepat hingga menyebabkan rumah kami yang diperbuat daripada dinding separuh kayu dan batu musnah dalam masa kira-kira 10 minit. Ketika itu ahli keluarga sedang memasak ketupat palas.


“Saya sempat mencabut kepala gas dapur namun api gagal dikawal dan terus merebak ke dinding kayu. Ekoran itu ahli keluarga lain yang sedang berehat lari menyelamatkan diri dan kenderaan apabila api semakin marak.


“Lebih menyedihkan 12 kucing kesayangan saya yang dikurung di dalam sangkar juga tidak sempat diselamatkan dan mati dalam kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang, hari ini.


Zawiyah yang juga pesakit kanser berkata, ketupat palas berkenaan dibuat bertujuan untuk disedekahkan kepada mereka yang tidak dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri.


“Rumah ini dibina hasil bantuan Baitulmal sejak 2016 dan sebuah lagi milik ibu, Meriam Yakob, 85, yang juga ibu tunggal dan tidak boleh berjalan kerana uzur serta lemah jantung.


“Dianggarkan kerugian yang ditanggung termasuk mesin dan perkakas di bengkel dan kedua-dua buah rumah itu melebihi RM100,000,” katanya.


Terdahulu kesemua mangsa menerima lawatan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang bersimpati dan menyifatkan apa yang terjadi adalah dugaan berat lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menyambut Syawal.


Katanya, keadaan menimpa keluarga itu turut mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui Yayasan Sultan Ibrahim yang akan mengurniakan sumbangan bagi membantu membaiki dan membina semula rumah mangsa kebakaran.


“Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) juga menghulurkan sumbangan bagi membantu proses pembinaan semula rumah. Mangsa akan ditempatkan sementara di rumah sewa,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.046739 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list