View: 1285|Reply: 10
|
[Dunia]
Sukan Asia 2022 di Hangzhou ditangguhkan
[Copy link]
|
|
Sukan Asia 2022 di Hangzhou ditangguhkan
Oleh Meja Sukan
6 Mei 2022, 6:31 pm
BEIJING: Sukan Asia yang dijadualkan berlangsung di Hangzhou, September ini telah ditangguhkan, kata penganjur hari ini, ketika China sedang menghadapi kebangkitan semula kes Covid-19.
Tiada alasan diberikan untuk penangguhan itu tetapi China sedang bekerja keras untuk menghapuskan wabak tersebut.
“Majlis Olimpik Asia telah mengumumkan bahawa Sukan Asia ke-19, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Hangzhou, China dari 10 hingga 25 September 2022 akan ditangguhkan,” kata satu kenyataan di laman web rasmi temasya.
Tarikh baharu untuk pertandingan sukan itu ‘akan diumumkan kemudian’, tambah kenyataan tersebut.
Hangzhou terletak berhampiran bandar terbesar di negara itu, Shanghai yang berdepan penutupan selama berminggu-minggu sebagai sebahagian daripada pendekatan toleransi sifar pemerintah terhadap Covid-19.
Penganjur dalam satu kenyataan bulan lalu berkata, Hangzhou, bandar raya di timur China yang mempunyai 12 juta penduduk telah selesai membina kira-kira 56 venue pertandingan untuk Sukan Asia dan Sukan Para Asia.
Pada masa itu, mereka menyatakan bahawa mereka merancang untuk mengadakan acara di bawah pelan kawalan virus yang ‘belajar daripada pengalaman berjaya’ Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, yang diadakan dalam ‘gelembung selamat’, Februari lalu. – AGENSI
sumber: utusan.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh my god. Okay.
right now my focus is HAnoi 2022? 2021
i nak tengok sukan sukan kecundang kat Tokyo 2021 tu....improve ke tak....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hayrin86 at 8-5-2022 04:14 PM
Sukan Asia pertama pada awal 1950-an dahulu asalnya diadakan pada 1950 tapi ditangguhkan setahun.. Rasanya kali ini adalah kali kedua Sukan Asia ditangguhkan dalam sejarah temasya berkenaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
i see...
Hanoi ...12th may ni ....tapi tanpa pocket rocketman lah kan sebab beliau ade heart surgery...tak pe , i nak nak tengok pelapis depa pulak
right now nak tengok pelapis pelapis acara sukan yg ade tak keberhasilan utama depa...KPI, yg mana kecundang di tokyo tu.
ade tak pelapis...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nyaris-nyaris bercanggah dengan Hari Ibu tapi bercanggah dengan Hari Guru ada la.. Sukan SEA ke-32 tahun depan katanya bercanggah dengan tarikh Hari Ibu dan Hari Guru (sekali lagi)..
|
|
|
|
|
|
|
|
hari guru 16th May kan
anyways, bola sepak kita ni , isk i expect more lah dari jurulatih bawah 23 kita ni ...adoilaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah confuse Hangzhou dengan Guangzhou. I thought they were just variations in romanized spelling.
|
|
|
|
|
|
|
|
yay,kite punya football teamMAS under 23 menang
THailand 1 - Malaysia 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ade thread ke untuk Sea Games 2022? |
|
|
|
|
|
|
|
Ya.. Sepatutnya hari-hari pun hari guru, takyah sambut pun tak apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Penangguhan Sukan Asia ganggu atlet
Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
8 Mei 2022, 12:20 pm
PERSIAPAN atlet negara dijangka terganggu apabila Majlis Olimpik Asia (OCA) mengesahkan Sukan Asia Hangzhou 2022 bermula 10 hingga 25 September depan ditangguh.
Keputusan itu dibuat selepas badan induk sukan Asia itu mengambil kira penularan baharu wabak Covid-19 di China berada di tahap membimbangkan selain mampu memberi kesan terhadap kelancaran temasya.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya risau dengan penangguhan itu kerana pelbagai program latihan sudah dirancang Majlis Sukan Negara (MSN) sepanjang tahun ini.
“Kita sudah menerima kenyataan media daripada OCA tetapi kita masih menunggu hitam putih daripada mereka untuk mengesahkan benda (penangguhan Sukan Asia) itu. Bagaimanapun, kita sudah tahu ia ditangguh.
“Memandangkan kita sudah bersedia untuk temasya sukan sepanjang tahun ini, jadi agak risau dengan penangguhan Sukan Asia kerana ia akan mengganggu program yang dilaksanakan MSN,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Meskipun menyuarakan kebimbangan mengenai perkara itu, namun beliau menjelaskan, badan induk sukan negara akan menyusun semula perancangan sebaik mendapat tarikh sebenar penangguhan.
“Kita tunggu keputusan rasmi dihantar kepada setiap ahli gabungan kerana kita nak tahu sampai bilakah temasya ini akan ditangguh. Adakah sehingga 2023 atau bagaimana.
“Memandangkan sekarang ini kita terlibat dengan Sukan SEA dan kemudian Sukan Komanwel, kita akan susun semula perancangan berhubung perkara ini. Selepas dapat keputusan daripada mereka, kita akan buat kenyataan nanti,” ujar Mohamad Norza.
Selain Sukan Asia, Sukan Remaja Asia yang sepatutnya berlangsung di Shantou, Disember depan mungkin akan dibatalkan terus kerana pernah ditangguhkan sekali sebelum ini.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|