CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1020|Reply: 7

[Tempatan] AwAS kesan 35,618 kesalahan memandu lebih had laju

[Copy link]
Post time 7-5-2022 10:23 AM | Show all posts |Read mode
AwAS kesan 35,618 kesalahan memandu lebih had laju


KAMERA Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) - FOTO Ihsan FB JPJ


Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 35,618 kesalahan memandu melebihi had laju melalui kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HARA) setakat semalam.

JPJ di laman Facebook rasminya malam ini memaklumkan sepanjang tempoh itu sebanyak 4.7 juta kenderaan dikesan dan direkodkan melalui kamera AwAS di lebuh raya di seluruh negara sepanjang tujuh hari operasi berkenaan dijalankan bermula 29 April.

Kenyataan itu turut memaklumkan sebanyak 1.5 juta kenderaan telah melalui kamera AwAS di lampu isyarat dengan 10,355 kenderaan direkodkan melanggar lampu isyarat merah

"Kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat melalui kamera AwAS ini antara lima kesalahan utama dalam tempoh Ops HRA 2022 yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun.

Sekiranya disabitkan, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, pengguna jalan raya yang melakukan kedua-dua kesalahan ini (melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah) juga akan direkodkan dengan tindakan sehingga empat mata demerit berjadual di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) bagi setiap kesalahan mengikut Subseksyen 40(1) atau Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan.

Sistem mata demerit ini akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

Sebanyak 45 kamera AwAS telah beroperasi sepenuhnya membabitkan 29 kamera bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju dan 16 kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

JPJ menerusi kenyataan itu turut menyeru kepada semua pengguna jalan raya seluruh negara untuk terus mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua seterusnya mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... andu-lebih-had-laju

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Abang alphard ada 56 saman kirim salam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Den terkena sekali. Siap pakej saman naik court cess... sbbkan malu, pakai byr full je rm300 koh2... terbang pitis tok laki hakuuuu. Mem yg bwk tuan yg kena hahaaa... Ni citer tahun lepas bkn hari raya pun tp sampai kini terasa pedih hulu hati inney
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Lately mcm bersepah je papan tanda awas kamera tuh kat highway tp tak nampak pun  kameranyeh? Depa acah2 ke beneran ada kamera eh? Abam jpj sila pecah lobang
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iolss kena saman iolss bayar je
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:37 AM | Show all posts
sebelum sampai melintasi camera AWAS yang besar tercongok kat tepi jalan tu ada 3 signboard besar perihal speed camera tersebut.

after the last warning signboard, slow down la..  
Kalau kat highway guna la waze..   mesti ada good samaritan bagi input kalau ada speed camera..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2022 06:44 AM | Show all posts
MissyMolly replied at 7-5-2022 07:18 AM
Lately mcm bersepah je papan tanda awas kamera tuh kat highway tp tak nampak pun  kameranyeh? Depa a ...

Kalau AwAS punya, fixed locations. kalau signboard kat tengah tengah divider jalan tu, police guna portable camera, Yang ni tersorok sikit, celah celah pokok bunga atau bawah jambatan.. Depa pun nak berteduh dari panas..   nak selamat, drive waktu malam..

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 8-5-2022 06:44 AM
Kalau AwAS punya, fixed locations. kalau signboard kat tengah tengah divider jalan tu, police guna ...

Owh yg AwAS la kot. Mmg ada 3 tiang tp mcm nan hado?? Ah jap g iols donlot waze. Tq chuols bitau koh2... Tak penah nk guna waze, biasa pakai gugel map jer.

Huhuuu... Yg terkena tu sbb org sebelah kata dah xde dah camera speedtrap koh2 so wat lek wat pis je la lalu laju2. Pdhl nmpk je 3 signbod tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.363188 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list