View: 8224|Reply: 148
|
[Tempatan]
Parents upload media sosial anak dpt duit raya RM3 dari tuan rumah. Tahun ni ramai parents jangka tuan rumah kasi min RM5
[Copy link]
|
|
Kecewa anak dapat duit raya RM3 je, netizen ‘sekolahkan’ bapa tak reti bersyukur... Zaman ‘post pandemic’ orang bagi tu dah kira bagus
MSTAR
3-4 minutes
PEMBERIAN duit raya sudah menjadi tradisi setiap kali kedatangan 1 Syawal.
Di sebalik kemeriahan menyambut Aidilfitri, terdapat segelintir individu yang tidak tahu bersyukur dengan mempertikaikan nilai duit raya.
Seorang pengguna Twitter berkongsi tangkap layar posting Facebook mengenai rungutan seorang individu gara-gara anak-anaknya hanya diberikan duit raya 'ciput' daripada tuan rumah.
"Saya pergi la beraya rumah saudara-mara kelmarin, bawa anak-anak saya sekali. Bila nak balik, saudara-mara bagi la duit raya kepada anak-anak saya.
"Tiga ringgit je. Ada lagi zaman sekarang bagi tiga ringgit. Macam zaman 90-an. Orang cakap orang-orang kita ni kaya-raya.
"Kalau saya beraya rumah kawan-kawan di Pulau Pinang, paling biasa RM5 atau RM10 seorang dapat. Janganla kedekut sangat kita ni. Dengan budak-budak pun nak berkira," tulis lelaki itu yang menggunakan dielek Kelantan.
Menerusi posting sama, dia turut memuat naik foto, memaparkan tiga keping wang kertas RM1.
Difahamkan, posting tersebut pernah dikongsikan sebelum ini, namun hangat diperkatakan di Twitter sejak lewat malam Jumaat.
Sehingga kini, tangkap layar yang dikongsi oleh pengguna Twitter berkenaan meraih hampir 3,000 ulang kicau (retweet).
Rungutan tersebut mengundang kecaman dalam kalangan pengguna Twitter yang menyifatkan individu berkenaan tidak mengenal erti syukur.
Tiga ringgit je. Ada lagi zaman sekarang bagi tiga ringgit. Macam zaman 90-an.
BAPA
Menurut netizen, tindakan lelaki itu adalah sangat tidak wajar, lebih-lebih lagi ramai yang masih terjejas dari segi pendapatan berikutan pandemik Covid-19.
"Dah dapat tu kau bersyukur je lah, zaman post pandemic ni dengan keadaan ekonomi sekarang orang dah bagi tu kira bagus lah juga. Memberi ni niat untuk bersedekah dan ikhlas, memang tak tahu bersyukur. Apa punya perangai lah main compare compare.
"Aik? Hairanlah mak dan bapa yang bising. Anak dia tak bising pun. Siapa yang punya duit raya sebenarnya ni? Tiga ringgit tu kira banyak dah tu. Fikir yang memberi tu memang bagi duit raya dekat dua tiga orang je?
"Tak wajar dia cakap macam tu. Sesungguhnya area kampung-kampung pedalaman, warga-warga tua dan orang kampung ada je yang bagi RM2 atau RM3 kepada budak yang datang beraya... Mereka sedekah ikut kemampuan mereka sendiri.
"Kau nak beraya sambut kemenangan sebulan berpuasa ke kau nak ajar anak-anak kutip cukai? Esok cucu-cucu kau pun sama je perangai," tulis beberapa netizen.
sumber: mstar.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya yg bising2 ni dia letak berapa ringgit duit raya dalam sampul
Mcm aii mmg sejak kawin peruntukan duit raya rm5 tu pun limited utk 40 envelope ja.. ank buah aii bg rm20..adik sekolah bg rm50.. tiap tahun sama ja duit raya aii..xdak berubah
Tapi tahun ni mmg meriah betul org bagi duit raya..rezeki ank |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Wah. Keturunan noreen haram jadah sangat. Sukor la tempat akak bagi duit raya ni bukan kewajiban/kemestian. Idok la bebudak datang beraya terhegeh2 nak mintak duit dengan muka tatau malu seropa mak pak noreen mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 7-5-2022 08:23 AM
Hapa benda konten tu? Kontena? Tu la suruh belajar BI betul2, tak mau. |
|
|
|
|
|
|
|
Ari tu aku cakap melayu mmg dari kecik dh ajar budak2 mintak sedekah, ada forumer marah |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa subsidi
Org raya sbb nak bersilaturrahim
Kau ajar anak kutip duit raya
Org semua tgh susah skrg lagi sibuk duit raya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 7-5-2022 04:36 PM
oh my god!! what a shame, apa jenis parents yg ajaq anak peminta sedekah ni? where is the adab?
sejak bila budak budak diajar untuk EXPECT tuan rumah bagi duit? eh raye ni nak ber - silaturrahim ke atau peminta sedekah?
gosh. |
|
|
|
|
|
|
|
orang bagi pun dah kira baik la..
ni mak bapak jenis sakau duit raya anak ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo budak yang expect nak duit raya boleh faham lagi... budak kan... ni bapak budak... teruknya perangai... suka hatilah orang nak bagi berapa pun... bukannya wajib pun |
|
|
|
|
|
|
|
Patut bubuh kondom ja simbolik kepada toksah la beranak kalau sengkek dan harap orang tanggung anak hang. Boleh p mati..... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 7-5-2022 04:28 PM
Hapa benda konten tu? Kontena? Tu la suruh belajar BI betul2, tak mau.
buang huruf n , both n’s |
|
|
|
|
|
|
|
snowflakes replied at 7-5-2022 04:41 PM
Kalo budak yang expect nak duit raya boleh faham lagi... budak kan... ni bapak budak... teruknya per ...
frankly speaking, i tak suka anak i dpt duit raya |
|
|
|
|
|
|
|
aku bagi rm5 kat budak kampung yang kenal
yang tak kenal memang bagi rm3 je, tu pun baki last year tak habes lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu i ckp lelaki melayu ni segelintir toksik mesti ada yg marah i tapi tgklah...peramgai dah ada anak pun hrpkan duit org...puaka nye org..klu i knl speaies mcm ni..anak dia i bg seposen je |
|
|
|
|
|
|
|
Sesapa beraya umah aku memang xdapat duit raya. Aku cuma bagi coklat je |
|
|
|
|
|
|
|
Laki sapa ni. Perangai huduh sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
kan aku cakap dah..orang kita ni bukan sambut raya islam, tapi sambut raya melayu..
raya awal sehari pun cuak lemang tak cukup, tudung tak gosok..
duit raya sikit pun merentan buat konten..
tak tahu lah kitab ajaran agama apa mereka ikut yang mewajibkan kena ada lemang dan duit raya di hari raya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh apa benda la org dh bagi ko bersyukur je lah. Ko tu bagi anak duit raya byk la harapnya bukan harap kat org bg je |
|
|
|
|
|
|
| |
|