View: 1672|Reply: 14
|
[Dunia]
Pasangan suami isteri pilih majlis perkahwinan bertemakan Nazi
[Copy link]
|
|
FERNANDO dan Serafina diiring tiga pengiring lelaki dengan tabik hormat Adolf Hitler. - Fototeca Milenio/ Jorge Carballo
Pasangan suami isteri pilih majlis perkahwinan bertemakan Nazi
BANDAR RAYA MEXICO – Sepasang suami isteri Mexico telah mencetuskan kontroversi selepas mengadakan perkahwinan bertemakan Nazi bagi menghormati pemimpinnya, Adolf Hitler, lapor portal berita MailOnline semalam.
Fernando dan Josefina berkahwin di sebuah gereja di negeri Tlaxcala, timur ibu kota Mexico pada 29 April lalu. Tarikh itu sama dengan ulang tahun perkahwinan Hitler dan Eva Braun.
Diktator Jerman itu membunuh diri sehari kemudian pada tahun 1945.
Fernando dan tiga pengiringnya memakai sut replika Schutzstaffel, unit separa tentera yang berkhidmat dengan Nazi manakala Josefina memakai gaun putih.
Dalam pada itu, majlis perkahwinan itu dikutuk oleh sebuah organisasi hak asasi manusia, Simon Wiesenthal Center dalam satu kenyataan.
“Institusi kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menyeleweng dan meremehkan ingatan enam juta orang Yahudi yang dibunuh dalam Holocaust dan penghinaan oleh mereka yang menafikan atau mengaburkan sejarah, begitu juga mereka yang mengambil bahagian dalam perkahwinan Nazi ini atau membenarkannya.
“Mexico mesti menerima pakai Definisi Antisemitisme Perikatan Peringatan Holocaust Antarabangsa (IHRA) dan memasukkannya ke dalam perundangan untuk mencegah tingkah laku yang penuh kebencian itu,’’ kata pengarah pusat itu cawangan Amerika Latin, Dr. Ariel Gelblung.
Majlis Kebangsaan Mexico untuk Mencegah Diskriminasi (CONAPRED) menyelar pasangan itu kerana pilihan mereka yang kurang baik, menunjukkan semua perlu mengingati peristiwa dahsyat yang berlaku di Eropah semasa Holocaust, jenayah yang tidak selari dalam sejarah kemanusiaan.
Ini merupakan kali kedua pasangan itu mengungkap ikrar setelah berbuat sedemikian dalam upacara sivil pada tarikh yang sama pada 2016. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... an-bertemakan-nazi/
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah keturunan ahli2 Gestapo yang lari dan menyorok di America Selatan ? |
|
|
|
|
|
|
|
ngl the nazi SS uniforms were bitchin |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 7-5-2022 09:32 PM
nak gelabah ka ni?
Ko diam la mak nenek serba x kena ko je lah buat thread. Sangkak! |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Rohana bila nak muncul lagi? Tak faham ayat sendiri memang another level la. kelas tersendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 7-5-2022 09:50 PM
ngl the nazi SS uniforms were bitchin
Designed by Hugo Boss katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboii kemainn.. gereja background tu pun ala2 design kem tahanan Austwitch |
|
|
|
|
|
|
|
but they are not even white |
|
|
|
|
|
|
|
Sahaja cari tumpuan orang ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Aii berkenan betul dgn uniform Nazi - elegant sgt kalau banding dgn uniform askar negara lain pd zaman perang dunia dulu dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aii berkenan betul dgn uniform Nazi - elegant sgt kalau banding dgn uniform askar negara lain pd zaman perang dunia dulu dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengelupur lebih....tiada siapa mahu ganti kan hitler... Kecuali putin konon mengelupur issue neo nazi |
|
|
|
|
|
|
|
kan,aku ingt aku sorg je fikir mcm tu,
rasanya uniform diorg paling cantik dan mendahului zaman,
|
|
|
|
|
|
|
| |
|