CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2759|Reply: 30

[Tempatan] Mansuhkan khidmat polis pengiring

[Copy link]
Post time 8-5-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
'Mansuhkan khidmat polis pengiring'

GEORGETOWN: Sudah tiba masanya khidmat polis pengiring kepada menteri, timbalan menteri atau wakil rakyat dimansuhkan, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, khidmat berkenaan hanya membazirkan masa dan menambah kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat, juga kaum kerabat mereka semuanya bukan raja.

"Mereka sudah ada pemandu, polis pengiring, jadi jangan bazir tenaga kerja PDRM bagi buat kerja 'outrider' (polis pengiring)," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan video tular sejak kelmarin mengenai dua anggota trafik mengiringi orang awam di Jalan Bukit Gambir, di sini.

Rakaman video berdurasi 20 saat yang dimuat naik pemilik akaun anwarazeez itu memaparkan seorang lelaki memandu kenderaan dengan diiringi dua anggota trafik yang menaiki motosikal polis.

Susulan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Polis Pulau Pinang sudah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap dua anggota trafik berkenaan selain melakukan siasatan terperinci.

Mengulas lanjut, Steven berkata, tidak kira siapa yang menjadi kerajaan, khidmat berkenaan kepada wakil rakyat perlu dihentikan.

Beliau berkata, jika khidmat polis pengiring diperlukan hanya bagi mengelak tersekat akibat kesesakan jalan raya, perkara itu boleh diatasi dengan penjadualan masa perjalanan.

"You (kamu) nak kejar masa, you keluar awal, jika tidak you selesaikan masalah kesesakan lalu lintas supaya semua pengguna jalan raya boleh sampai ke destinasi dengan selesa dan tak perlu outrider (polis pengiring)," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju .semak la polis2 pengiring ni..yg sgt2 kaya tu hire la helicopter sendiri..jgn guna duit gomen pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa ph jd kerajaan dulu takde pula dap cdgkan benda ni.. hahah.. bila dah agak2 tak kan menang lagi mula lah cdg mcm2…
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju...
.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
anakkerengga replied at 8-5-2022 02:34 PM
Masa ph jd kerajaan dulu takde pula dap cdgkan benda ni.. hahah.. bila dah agak2 tak kan menang lagi ...

Tula. Kata nk kurangkan jumlah menteri sama je. Lantikan politik brlambak. Phuihh
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 02:39 PM | Show all posts
Gigih masuk berita..hujung2 nan hado jah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita pasal polis pengiring nk teringt ada satu timbalan polis daerah . Aku ulang timbalan polis daerah. Dia dtg dgn tunang dia nk buat hiv pra perkahwinan.

Dia dtg sekali dgn pengiring mtor 2 ekor. Pastu ada lg 2 org dalam klinik.

Pelik2 aku tgok malaysia. Cepat2 la perang nuklear. Nk gam tgok fungsi polis dgn askar
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:28 PM | Show all posts
caprut replied at 8-5-2022 02:40 PM
Cerita pasal polis pengiring nk teringt ada satu timbalan polis daerah . Aku ulang timbalan polis da ...

dia positif kan

jadi kahwin tak?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mansuh je la kerja kerja polis mengawal menteri2 bodo ni..kau bukan berguna sgt pon..makan gaji buta je tau
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-5-2022 05:28 PM
dia positif kan

jadi kahwin tak?

Kahwin je. Grand u all majlis nye
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-5-2022 05:28 PM
dia positif kan

jadi kahwin tak?

nk tlg jwb..aah +..xjd kawen..popuan tu tinggalkn dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:09 PM | Show all posts
edayildiz replied at 8-5-2022 05:49 PM
nk tlg jwb..aah +..xjd kawen..popuan tu tinggalkn dia

ko speku ja ka you know this couple? baca jawapan di atas.

kalau dia makan ubat tak mustahil dorang proceed.


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:10 PM | Show all posts
caprut replied at 8-5-2022 05:44 PM
Kahwin je. Grand u all majlis nye

means jabatan agama tak kisahlah?
utk x OT, dia masih ada polis pengiring ka?


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-5-2022 06:09 PM
ko speku ja ka you know this couple? baca jawapan di atas.

kalau dia makan ubat tak mustahil dora ...

Hahahahahaha

Sarcasm kaw2
Dah alang2 amek darah dia tu
Inject lah sekali virus apa yang ada kat lab tu
Kudis buta ke kurap panau ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 8-5-2022 06:40 AM
Cerita pasal polis pengiring nk teringt ada satu timbalan polis daerah . Aku ulang timbalan polis da ...

Macam deja vu ja pernah baca cerita ko ni. Heols positif kan tapi kawin ja.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
anakkerengga replied at 8-5-2022 02:34 PM
Masa ph jd kerajaan dulu takde pula dap cdgkan benda ni.. hahah.. bila dah agak2 tak kan menang lagi ...

Kan Matsabu dulu masa Mindef penah mintak stop escort, tapi kementerian atau Pat ke tak setuju, drop imej mindef katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 8-5-2022 02:38 PM
Tula. Kata nk kurangkan jumlah menteri sama je. Lantikan politik brlambak. Phuihh

Apa yg.melambaknya?. Zaman Ph duta lantikan politik ZERO. Kat situ je dah banyak berkurang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Meluat bila kena suruh ke tepi.. Ke tepi... Angin je.. Kita dok sangkut jammed... Dia suka2 hati je nak lalu laju2... Kata wakil rakyat, so hidup lah rasa mcm rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
anakkerengga replied at 8-5-2022 02:34 PM
Masa ph jd kerajaan dulu takde pula dap cdgkan benda ni.. hahah.. bila dah agak2 tak kan menang lagi ...

mslh nya dia berlaku time umngok jadi federal..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 8-5-2022 02:38 PM
Tula. Kata nk kurangkan jumlah menteri sama je. Lantikan politik brlambak. Phuihh

kerajaan skrg wat hal..nak salahkan kerajaan yg dah xde...funny meh!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047192 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list