View: 4675|Reply: 84
|
[Tempatan]
Maut dipatuk ular berbisa
[Copy link]
|
|
Maut dipatuk ular berbisa
Rosli Zakaria
[email protected]
Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang membantu rakannya penjaga haiwan peliharaan eksotik maut selepas dipatuk ular berbisa puff adder yang dibawa masuk dari Afrika, Jumaat lalu.
Profesor Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Madya Dr Ahmad Khaldun Ismail berkata, ini adalah kes pertama direkodkan membabitkan ular spesis itu di Malaysia.
"Terdapat dua kes gigitan ular eksotik sebelum ini yang kita ketahui," katanya.
Mangsa lelaki berusia 30-an berasal dari Selangor maut selepas digigit pada kedua-dua tangan kanan dan kirinya.
"Mangsa meninggal dunia 23 jam selepas kejadian ketika antivenom (Antivipmyn-Africa) sedang diperoleh dari Zoo Singapura.
"Doktor dimaklumkan pemiliknya sedang sibuk menyelamatkan mangsa dan tidak tahu ke mana pergi ular terbabit.
"Insiden ini menyerlahkan bahaya memelihara haiwan berbisa eksotik tanpa dokumentasi dan pendaftaran yang betul dengan pihak berkuasa," katanya kepada akhbar New Straits Times.
Dianggarkan kes seumpama ini menyebabkan lebih 40,000 kematian setiap tahun di Afrika dan tanpa pengurusan klinikal dan anti racun yang sesuai, kesannya amat teruk.
"Insiden tragis ini menjadi peringatan mengenai keperluan penting bagi sesiapa yang memelihara (secara sah atau tidak) spesies penting dari segi perubatan supaya mempunyai rancangan termasuk akses kepada anti racun yang sesuai dan mencukupi.
"Bagaimanapun adalah tidak wajar untuk mengharapkan mana-mana kemudahan perubatan di negara ini menyimpan stok anti racun haiwan eksotik atau mendapatkannya dari zoo.
"Menjadi tanggungjawab pihak yang membawa masuk spesies berbisa eksotik untuk membawa masuk anti racun yang sesuai dan mencukupi," katanya.
Beliau berkata, akta perlindungan, pemeliharaan dan pengurusan hidupan liar untuk mengekalkan ekosistem yang sihat dan menjaga keselamatan serta kesihatan awam perlu diperkenalkan.
Pensyarah kanan Universiti Malaya, Dr Teo Eng Wah yang juga pengarang bersama buku mengenai ular di Malaysia berkata, ular itu boleh berada di mana-mana selepas dua hari kejadian berkenaan.
Disiarkan pada: Mei 8, 2022 @ 4:44pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ular tu mampu membiak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
dh lari hutan jmpa ular sawa betina..terus membiakkkkkkkk ramai2..serammm..
i plg takut binatang ini banding harimau..
harimau tu tkt lain..kalau ular dia punya seram n geli xblh bawak berbincang..omgggg... |
|
|
|
|
|
|
|
Puff adder ni yg kedua paling bisa lepas Black Mamba di Afrika kan... |
|
|
|
|
|
|
|
X phm aku yg minat kt binatang ni..aku paling takottt..nauzubillah..knp tx patuk tuannye..org lain pulak yg jd mangsa! |
|
|
|
|
|
|
|
Abes ular tu dh jumpa ke belom...jgn membiak2 plak kat Malaysia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana ni weii..bodo gak wartawan ni apesal tak release je info mana kejadian berlaku..org nak berjaga2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lah ular tu hilang plak dah |
|
|
|
|
|
|
|
pening kepala doktor nak cari penawar....kalau uar lokal mmg antivenom dah tersedia ada |
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana bawa masuk...dgn flight ke...musykil kalau flight takda declare ke binatang berbisa... |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh dah la area selangor,boleh kat mana2 je ular ni kalau dia sudah ikut moonsoon drain. Tak pasal2 nanti org lain pulak yg kena gigit mati budak2 ke. Doa2 lah supaya ular ni sampai kat highway ke lori kereta lanyak. |
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz replied at 8-5-2022 05:44 PM
Kat mana ni weii..bodo gak wartawan ni apesal tak release je info mana kejadian berlaku..org nak ber ...
Wartawan mmg bodoh pun
Tp akak harap ular tu singgah la masuk memana rumah politicians lahanat mcm jemin ali,rinaceros,zuraida mak lampir, wak yidin, najibun,kayjay,wak zahid,taki taki rumba,istana kera-bat...boleh la ular tu serang penghuni dlm rumah tu |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 8-5-2022 06:01 PM
Wartawan mmg bodoh pun
Tp akak harap ular tu singgah la masuk memana rumah politicians lahanat m ...
ular sekor tu boleh patuk smpi mti brp org sehari??? |
|
|
|
|
|
|
|
immi replied at 8-5-2022 05:40 PM
Abes ular tu dh jumpa ke belom...jgn membiak2 plak kat Malaysia ni
belum |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 8-5-2022 05:33 PM
dh lari hutan jmpa ular sawa betina..terus membiakkkkkkkk ramai2..serammm..
i plg takut binatang ini ...
Klau dia mengawan dgn king cobra betina jd spesis baru lg ganas sis |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 8-5-2022 06:04 PM
ular sekor tu boleh patuk smpi mti brp org sehari???
Taktau la sisthur |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan..cmne blh bela?mmg dpt lesen ke? |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 replied at 8-5-2022 06:08 PM
Persoalan..cmne blh bela?mmg dpt lesen ke?
belum bela lagi. baru masuk dari afrika… baru nak apply ler tu |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 replied at 8-5-2022 06:08 PM
Persoalan..cmne blh bela?mmg dpt lesen ke?
Ekau nak macik tibai montot kiri ke kanan
Kan ditulis ate ateh itu
Tiada dokumentasi
Hiapppp |
|
|
|
|
|
|
| |
|