CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6563|Reply: 82

[Tempatan] Adegan yang tak sanggup kita lihat:MAS mohon maaf,sahkan MH2710 ke Sandakan alami masalah teknikal

[Copy link]
Post time 9-5-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 10-5-2022 12:14 AM




MALAYSIA Airlines Berhad (Malaysia Airlines) mengesahkan pesawat MH2710 dari Kuala Lumpur ke Sandakan mengalami masalah teknikal ketika melakukan ‘push back’ semalam.

Malaysia Airlines berkata, pesawat terpaksa kembali ke ruang menunggu selepas gagal menghidupkan enjin buat kali kedua.

Penerbangan ke Sandakan dijadualkan berlepas pada pukul 10.30 pagi semalam.

Baca artikel: Kapal terbang ke Sandakan tiada penyaman udara, penumpang terpaksa berpanas satu jam

Kata kenyataan itu, pada masa yang sama berlaku insiden dimana seorang penumpang pesawat juga memerlukan bantuan perubatan kecemasan.

“Malaysia Airlines memohon maaf kerana pendingin hawa tidak dapat berfungsi semasa proses pembaikan dan mengakibatkan kabin berada dalam keadaan yang panas,” kata kenyataan itu hari ini.

Kesemua penumpang telah dipindahkan ke pesawat lain dan berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 1.37 petang dan selamat tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang.

Sehubungan itu, Malaysia Airlines memohon maaf atas kejadian yang dialami oleh penumpang semasa berada di dalam pesawat.

Semalam, tular di aplikasi TikTok rakaman anak-anak kecil menangis kerana terpaksa berpanas.

Menurut perkongsian salah seorang penumpang di Facebook Marwa Malek, semua penumpang telah bersiap sedia memakai tali pinggang keledar sebelum enjin pesawat tersebut tidak boleh dihidupkan sekali gus menyebabkan tiada penyaman udara.

Namun, penumpang dapat keluar daripada kapal terbang dan kembali ke lapangan terbang selepas satu jam berpanas.

https://utusantv.com/2022/05/09/malaysia-airlines/

Sejajar dengan kenaikan harga tiket penerbangan baru baru ini,khidmat yang diberikan oleh syarikat penerbangan haruslah setara dengan harga tiket.Apatah lagi jika pelanggan membawa keluarga dan anak kecil,sebarang masalah akan membawa masalah tidak berpuashati dan kemarahan

Melalui twitter @anthraxxx781 ,ramai penumpang dapat dilihat dalam kepanasan disebabkan tiada pendingin hawa dan kapal terbang tidak dapat berlepas atas masalah teknikal.Penumpang dilihat tidak berpuashati apatah lagi terdapat ramai kanak kanak yang menangis kepanasan.Tiada tindakan pantas untuk mengeluarkan mereka dari kapal terbang menurut seorang penumpang.


Menurut perkongsian sebuah lagi video difahamkan penumpang di dalam pesawat itu juga terpaksa pula menunggu lebih kurang dua jam kerana penerbangan ditangguhkan.

Pesawat itu juga dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam kualiti perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut.

“Pertama kali nampak kapal terbang ada masalah macam ini. Memalukan, sebab kita tahu berapa harga tiket yang mereka tawarkan bukannya murah,” kata Maia.

“Dengan panas, budak-budak menangis lagi. Tiket kira ‘refund’ ke macam mana?,” soal Sharizezhan.

“Kasihannya penumpang, nak buka tingkap pun tak boleh. Sepatutnya periksa dahulu, pelanggan bayar bukannya naik percuma,” kata Jai.

“Dah beberapa hari sebenarnya video ini, tapi syarikat itu masih belum keluarkan apa-apa permohonan maaf,” kata Zue.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 75,000 kali. –

KOSMO! ONLINE
Sumber @anthraxxx781


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 11:14 AM | Show all posts
norma baharu industri penerbangan...

sauna la oi.....mana plane manager? mogok ka? jgn libatkan orang awam kalau mogok...be prof pls...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya lahai...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan nya budak budak... Sebab issue begini akak sudah ajar anak sunbathe..main paser di beach... So far anak boleh tolerate dengan panas...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 11:49 AM | Show all posts
ada plak yang komen suruh buka tingkap
kesian kepanasan dalam flightso far blom ada statement from MAS kan

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm duk dlm oven la dlm tu...berkuap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
aku x bayang perasaan kotor terhadap peramugari MAS berkebaya sambil berpeluh...hentai hentai
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:45 PM | Show all posts
untuk orang claustrophobic, boleh kena panic attack..
kalau i, rempuh je mintak nak keluar..
let me out or watch me die gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada jgk yg komen baghal
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 9-5-2022 11:18 AM
Kasihan nya budak budak... Sebab issue begini akak sudah ajar anak sunbathe..main paser di beach...  ...

Panas neraka...ko hantar anak2 training kt mana drum?


Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu belum lagi panas bom nuklear perang dunia ketiga harini
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoii kalau bas boleh la lagi bukak tingkap nih ketebang oiii
Perkara yg sepatutnya tak terjadi laa sian budak2 kita yg dh tua seksa menahan budak2 lagi la plak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 9-5-2022 11:18 AM
Kasihan nya budak budak... Sebab issue begini akak sudah ajar anak sunbathe..main paser di beach...  ...

Anak buah hakuuu.. skit tak boleh panass.. balik kg dibantainya pasang ekon plg low skali.. pdhl apaknya dulu dulu selemuih berpanas jln kaki baliiik sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Duk dlm umah pun bekuap. Nikan pulak ruang sempit
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
stingersting replied at 9-5-2022 12:49 PM
Panas neraka...ko hantar anak2 training kt mana drum?



Ko ni suke sggh buat lawak antarabangsa.. koh koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 9-5-2022 11:49 AM
ada plak yang komen suruh buka tingkap
kesian kepanasan dalam flightso far blom ada statement  ...

Aku baru je berkira kira nak cooti naik flight.. hari tu kensel sbb dengo yg pi sabah tuu.. ni dengo cite ni plk.. kensel lg la jwbbya..anak aku naik bengang dgn aku   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tipulah, atas awan kan sejuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 9-5-2022 12:55 PM
Adoii kalau bas boleh la lagi bukak tingkap nih ketebang oiii
Perkara yg sepatutnya tak terjadi laa  ...

Bas ekspres 90an jer tingkap boleh buka..model sekarang tetap la jugak seperti kena kukus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak aq ni panaih sikit dia ratib Ehsan cair
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
zulfahmimaidin replied at 9-5-2022 12:00 PM
aku x bayang perasaan kotor terhadap peramugari MAS berkebaya sambil berpeluh...hentai hentai

bodohnya komen..dalam otak kau ada tu je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.078552 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list