CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1053|Reply: 17

[Tempatan] Alasan ibu sakit helah guna lorong kecemasan

[Copy link]
Post time 9-5-2022 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Alasan ibu sakit helah guna lorong kecemasan


Lelaki ditahan polis selepas memandu di lorong kecemasan. - Foto PDRM


RAWANG: Beri alasan konon ibu sakit dan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh menyebabkan terpaksa menggunakan lorong kecemasan.

Itu helah seorang lelaki selepas ditahan ketika melarikan diri apabila diarahkan berhenti oleh polis yang menjalankan rondaan Op Selamat, hari ini.

Pegawai Turus Lebuhraya Tengah Zon A, Jabatan Siasatan Jenayah Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Nasyrul Ridzuan Abd Razak, berkata pemeriksaan lanjut dengan menghubungi pihak hospital mendapati ibunya tidak sakit dan disahkan oleh doktor bertugas.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek menipu malah cukai jalan kenderaan dipandunya juga sudah tamat tempoh.

"Kita mengesannya memandu di lorong kecemasan di Kilometer (KM) 434 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan sebelum cuba melarikan diri ketika polis mengarahkannya berhenti pada jam 6.25 petang.

"Semasa anggota polis cuba memberhentikan kenderaannya, lelaki berusia 35 tahun itu terus memecut ke lorong kanan untuk melarikan diri," katanya dalam kenyataan malam ini.

Nasyrul berkata, polis kemudian mengejarnya dan mengarahkan berhenti namun suspek tetap berdegil dan memandu dalam keadaan melulu dengan membuat zig zag yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Suspek kemudian ditahan di KM22.7 Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR).

"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek bersama tiga wanita dan siasatan lanjut mendapati cukai jalan kenderaan terbabit sudah tamat tempoh pada 6 Mei 2020," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SumbeR:https://www.bharian.com.my/berit ... na-lorong-kecemasan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 10:36 AM | Show all posts
Abg aku pnh drive laju dr Johor
kena tahan dgn Polis
Abg aku bgtau nak balik cepat
mak masuk ICU
mmg betul pun arwah mak ms tu kat ICU
polis lepas je
polis kata hati2 tak pyh laju2 sgt
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 10:44 AM | Show all posts
Pakai BMW, plate 2 angka tapi roadtax tak mampu bayo.. tu sangkut insuran la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 11:52 AM | Show all posts
Macam nombor aku ja tu? OMG Harap huruf depan tu tak sama lah sebab pernah ja parking sebelah2 nombor sama sedang kitporang takde kena mengena kenal pun tak

btw harap polis saman kaw2 buat malu kaum ja


Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai BMW X6 ke tu? Puihhh kete mahal roadtax pun tak beli. Dasarrrrrr
Mesti jual produk timbang kilo ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 9-5-2022 10:36 AM
Abg aku pnh drive laju dr Johor
kena tahan dgn Polis
Abg aku bgtau nak balik cepat

Salam kerok berapa banyak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 9-5-2022 12:11 PM
Pakai BMW X6 ke tu? Puihhh kete mahal roadtax pun tak beli. Dasarrrrrr
Mesti jual produk timbang kil ...

2020...the start of Pandemik, counter road tax renewal tutup.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
stingersting replied at 9-5-2022 12:25 PM
Salam kerok berapa banyak?

Jgn nak fitnah
Polis lps mcm tu je Abg aku
Bukan semua polis makan rasuah
Anak2 pun menjadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 9-5-2022 12:29 PM
Jgn nak fitnah
Polis lps mcm tu je Abg aku
Bukan semua polis makan rasuah

Nothing out of the ordinary soalan aku iteww terutama dlm konteks kehidupan kita dimalaysiaku permai kita hari ini kheunz? The number 1 disease in this country...

R-A-S-U-A-H...

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 01:18 PM | Show all posts
bodoh btul..masa raya aritu ade 3,4 keta on hazard lamp ikut kecemesan,kereta jenis mewah BMW bagai..bagi aku tu semua penipu.aku snap gambo anto pdrm.dorg penipu ke tak bio pdrm tentu kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 02:08 PM | Show all posts
mak tak sakit dikata nye sakit..kang sakit betul baru padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 02:14 PM | Show all posts
matchstick replied at 9-5-2022 02:08 PM
mak tak sakit dikata nye sakit..kang sakit betul baru padan muka.

sedangkan student mak masih hidup dikatanya dah xde, apelah sgat takat ckp mak sakit. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 02:39 PM | Show all posts
Edited by Orix at 9-5-2022 02:45 PM

-tersilap komen-
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 9-5-2022 02:39 PM
iols kalo berita2 bab jahlop ni iols hanya akan baca komen kt porem ni jah... seronokkk baca laharan ...

Mabok ketupat kah Orix
Tibai dengan batang seraii karanggg
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 02:44 PM | Show all posts
she replied at 9-5-2022 02:42 PM
Mabok ketupat kah Orix
Tibai dengan batang seraii karanggg

kahkahkahkahkahkah !!! nk melahar jahlop n pubird tapi busy menjoyah dgan opismate almaklum seminggu x jumpa, smpai terkomen kt benang CI

ampun maaf zahir batin chuolssssss
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 9-5-2022 02:44 PM
kahkahkahkahkahkah !!! nk melahar jahlop n pubird tapi busy menjoyah dgan opismate almaklum seming ...

Duit raya bili ain grey belas ribu kauuuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2022 03:14 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 9-5-2022 02:49 PM
Duit raya bili ain grey belas ribu kauuuuuuuu

14k utk upper-crust (bak kata taylor swift) tu beshe2 jah... kawan cainis iols anak tan sri kata kalau CNY masa dia kecik2 leh dpt 10-20k... 10-20k dua puluh tahun dlu byak hurkeh compare dgan 14k now... yiiihhhh motifff off topic menjoyah psal jahlop di bod CI ???
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by swimswim at 9-5-2022 04:32 PM

Mcm jahanam menipu guna nama mak ni mcm si fuad yg kahwin dgn senior drilling engineer from petronas tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.045256 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list