CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 791|Reply: 0

[Tempatan] Anak OKU pula meninggal selepas dua bulan kematian isteri

[Copy link]
Post time 9-5-2022 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Muhammad NOR IQMAL(gambar kecil) ditemui dalam bilik tidur dengan kesan melecur 80 peratus di sebuah rumah di Apartmen Desa Bayan, Bayan Lepas semalam.


Anak OKU pula meninggal selepas dua bulan kematian isteri

GEORGE TOWN – Remaja orang kelainan upaya (OKU) hiperaktif, Muhammad Nor Iqmal Aiman Mohd. Shakrisham, 18, yang maut dalam kebakaran di rumahnya di tingkat lapan, Apartmen Desa Bayan, Bayan Lepas di sini semalam pernah meluahkan hasrat mahu mengikut arwah ibunya.

Perkara itu diberitahu bapa Muhammad Nor Iqmal, Mohd. Shakrisham Mohamad, 50, kepada isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba­yan Lepas, Azrul Mahathir Aziz iaitu Norhailee Abdul Rasid kelmarin.

Mohd. Shakrisham merupakan pembantu di premis peruncitan milik wakil rakyat tersebut sejak lebih lima tahun lalu.

Azrul berkata, isteri Mohd. Shakrisham baru meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Mac lalu dan kediaman tersebut dihuni anak beranak berkenaan.

“Dia (Shakrisham) ada be­ritahu isteri saya yang anaknya berkali-kali beritahu mahu ikut arwah ibunya. Saya terkejut apabila mendapat tahu tentang kematian anak pekerja saya ini.

“Rupa-rupanya, kata-kata arwah (Nor Iqmal) itu adalah petanda yang dia mahu pergi buat selama-lamanya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, Mohd. Shakrisham yang ditemui memberitahu, dia sempat memohon maaf dan memeluk anak sulung daripada dua beradik itu sebelum keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi semalam.

“Memang saya akan minta maaf dan peluk anak macam biasa setiap kali mahu keluar rumah. Arwah juga ada meminta maaf kepada saya pada malam tadi (kelmarin).

“Memang sedih dengan kehilangannya ketika genap dua bulan arwah isteri meninggalkan kami anak beranak Mac lalu,” ujarnya dalam keadaan sebak.

Terdahulu, mayat Nor Iqmal ditemui pasukan bomba dalam keadaan tertiarap dan melecur 80 peratus pada bahagian belakang badan di dalam bilik tidur di rumahnya kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba negeri, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin berkata, pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat lapan.

“Kita terpaksa memecah pintu rumah untuk masuk ke kediaman tersebut. Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan sudah tidak sedarkan diri,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, punca sebenar kebakaran masih disiasat dan mayat mangsa telah dibawa ke Hopital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... an-kematian-isteri/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.040401 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list