View: 652|Reply: 2
|
Anak 15 Tahun Tergelincir, Maut Jauh Sungai Semasa Beraya Bersama Keluarga
[Copy link]
|
|
Sipitang: Remaja lelaki lemas selepas tergelincir dan jatuh ke dalam sungai ketika beraya bersama keluarganya di Kampung Banting, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 15 tahun terbabit ditemui di kawasan sekitar lokasi kejadian dan disahkan sudah meninggal dunia.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.20 tengah hari.
Foto: Metro
Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.
"Mangsa dilaporkan tergelincir ke sungai ketika melintasi jambatan berkenaan ketika beraya bersama keluarga.
"Mangsa dilaporkan berjaya ditemui keluarganya pada 1.21 petang sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan paramedik EMRS," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sipitang. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|