CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1151|Reply: 6

Pelajar Silat Mati Dipukul Dan Ditendang Jurulatih

[Copy link]
Post time 10-5-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode
KARANGANYAR: Sesi latihan silat yang berlangsung di Karanganyar, Jawa Tengah bertukar tragedi apabila seorang daripada pelajar maut selepas dipukul dan ditendang jurulatihnya.


Lapor Kompas.com, kejadian itu berlaku ketika sekumpulan pelajar silat menjalani latihan pada minggu lalu.


Sesi tersebut menumpukan latihan menguatkan fizikal para pelajar.


Foto: Agensi




Dalam sesi latihan itu, kekuatan fizikal para pelajar akan diuji dengan pukulan dan tendangan oleh beberapa jurulatih.


Jurucakap polis Karanganyar, Purbo Adjar Waskito berkata, mangsa rebah dan mengalami kekejangan badan sebelum dikejarkan ke hospital.


Katanya, sebaik tiba di hospital, mangsa disahkah sudah meninggal dunia.


“Menurut keterangan beberapa saksi, mangsa dipukul dan ditendang di bahagian depan badan oleh beberapa jurulatih.


“Selepas giliran jurulatih terakhir menendang dan membuat pukulan, mangsa rebah dan sehubungan itu, polis akan menyiasat sekiranya mangsa dipukul bertubi-tubi,” katanya.


Sementara itu, jurulatih terakhir yang membuat pukulan terhadap mangsa kini ditahan bagi membantu siasatan.


Jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara selama 15 tahun. -CARI


Sumber: Utusan Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa yg last je? pgil semue la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 11:46 AM | Show all posts
tak pasal2 yg last yg kena...panggil semua baru adil
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab masa latihan tu
Ada tahap2 pukulan yang boleh diterima badan
Coach yang lain sepak tak kena bahagian sensitif
Yang last tu mungkin dia sabotaj atau cuai masa sepak

Depa dah bertahun train orang
Ada beza pukul berlatih dengan pukul nak membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 02:45 PM | Show all posts
memanglah pukulan bertubi² sbb 'beberapa jurulatih' tendang dari depan. sedangkan kalau sorang pun dah boleh berganjak..ini kan pula beberapa orang..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
"mcam mana saya nak elak...silat elak batu pakcik belum ajar"-Ajis...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2022 09:46 AM | Show all posts

Masalahnya kan kan .. martial art spt silat ni tak ada sparring gear. Patut kena guna la kan bila practice supaya dpt elak kematian, pecahan organ dalaman etc.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.071250 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list