CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2969|Reply: 31

[Jenayah] SPRM ada cukup bukti dakwa Bung Moktar, Zizie

[Copy link]
Post time 10-5-2022 06:08 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu bahawa wujud keterangan mencukupi untuk mendakwa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, atas kesalahan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta.

Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Haris Ibrahim, 42, berkata beliau mengesyorkan kepada pihak pendakwaan untuk mendakwa Bung Moktar dan isteri berdasarkan dokumen yang diperoleh serta keterangan saksi (yang dirakam percakapan oleh SPRM).

"Jumlah wang yang disyorkan bagi pertuduhan terhadap Datuk Seri Bung Moktar dan Datin Seri Zizie Izette adalah RM2.8 juta," katanya.

Beliau berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, pada perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Disoal sama ada isu wang RM2.8 juta pernah ditimbulkan sebagai 'introduction fee' (wang pengenalan) kepada Zizie Izette sebelum pertuduhan terhadap pasangan itu dicadangkan kepada pihak pendakwaan, saksi pendakwaan ke-27 dan terakhir itu menjawab: "Tidak pernah".

Law: Sejak bila kamu dengar RM2.8 juta itu adalah 'introduction fee' untuk Datin Seri Zizie Izette?

Mohd Haris: Saya dengar mengenai 'introduction fee' pada Februari 2021 selepas dimaklumkan oleh pegawai penyiasat yang menggantikan saya bagi mengendalikan kes ini iaitu Penguasa Kanan Mohd Ihsan.

Dalam prosiding sebelum ini, perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar memberitahu mahkamah, Zizie Izette layak menerima wang pengenalan RM2.8 juta memandangkan pelakon itu memperkenalkan suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Mohd Haris turut memberitahu mahkamah, Norhaili dan ejen pelaburan, Madhi Abdul Hamid, tidak pernah dipaksa, diugut dan dijanjikan oleh SPRM ketika rakaman percakapan mereka direkodkan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara 2016 dan 2017.

Mereka juga tidak mengadu kepada pihak SPRM ketika rakaman percakapan diambil.

Kepada soalan peguam M Athimulan yang mewakili Bung Moktar, saksi itu berkata, rakaman percakapan Norhaili direkodkan empat kali manakala Madhi, lima kali.

Pada awal prosiding, Hakim Rozina Ayob membenarkan bantahan awal oleh pihak pembelaan berhubung maklumat yang diperoleh Mohd Haris daripada pegawai atasan, yang didakwa bersifat dengar cakap dan boleh memprejudiskan kedua-dua tertuduh.

"Mahkamah berpuas hati bahawa maklumat itu tidak boleh dianggap sebagai laporan maklumat pertama (FIR) kerana ia tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta SPRM 2009. Oleh itu bantahan awal pihak pembelaan dibenarkan," kata Rozina.

Pada 12 April lalu, Mohd Haris ketika memberi keterangan berkata, pada 9 Jun 2016 beliau menerima arahan daripada seorang pegawai atasan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menulis aduan berkaitan kes itu.

Bagaimanapun, pihak pembelaan berhujah aduan berkenaan tidak boleh dianggap sebagai FIR kerana ia dibuat berdasarkan maklumat yang diterima daripada seorang pegawai atasan selaku pihak ketiga, bukan daripada pemberi maklumat.

Pendakwaan berhujah, aduan diterima daripada pegawai atasan itu dikategorikan sebagai FIR bagi membolehkan siasatan dimulakan dan pasukan siasatan tidak bergantung pada laporan itu semata-mata ketika menjalankan siasatan.

Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/953535/sprm-ada-cukup-bukti-dakwa-bung-moktar-isteri




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi kenapa tak gantung tugas atau lucutkan terus jawatan Cikebung ni? What is this Malaysia? 1 negara jadik enablers pada penjawat awam kaki rasuah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Well well bad guy wins
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:42 PM | Show all posts
alah setakat kompaun juta2 tu celah bulu idung bung je sesambil zizie tersenyum sinis

janji dah settle, yg deme kaut tu sebenoehh 7 keturunan tak abes, yg ni dpt tangkap, yg tak dapat tangkap??

.. lepas tu lepas mcm biasa.. esok lusa ulang lagi sampai AJM
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng etis mkn khinzir tak mkn rasuah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
haih tujuan kawen nak dpt kan duit secara tak halal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Confirm boleh ke sana ke mari bebas..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemaruk-Taikk replied at 10-5-2022 06:46 PM
Geng etis mkn khinzir tak mkn rasuah tersenyum sinis

Makan babi harom..tak nyusahkan rakyat..
Etis mulayu urban.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib tu bila nak masuk penjara
Masih rayuan lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 08:49 PM | Show all posts
sikit sangat tu banding jasa beliau pada negara

maafkan je lah

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 10-5-2022 08:38 PM
Najib tu bila nak masuk penjara
Masih rayuan lagi ke

Last appeal sessions set aside in august for 10 days.....tak tahu pulak kalau dia gsgal this time jugak boleh go for the final final stage of appeal  ie agong clemency atau tidak.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lah 2 ekor badak sumbu ni tetlepas..maka pesalah2 rasuah lain bolehlah guna kes ni utk lepaskn diri
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-5-2022 06:13 PM
Jadi kenapa tak gantung tugas atau lucutkan terus jawatan Cikebung ni? What is this Malaysia? 1 nega ...

Mana maunya kak, dah dapat jadi kerajaan kan.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekor menteri pun kat Malaysia yg disabit kesalahan x pernah masuk penjara pun...kecuali Anwar..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Park you lah!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana netizen yg dok puji2 si zizie tu? Pemakan duit haram, bolehlah enjoy sana sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 08:45 AM | Show all posts
kes terowong ghaib apa cerita??? rumah banglo amoi apa cerita??
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-5-2022 08:49 PM
sikit sangat tu banding jasa beliau pada negara

maafkan je lah

patot la apepet lepas bebas. kalau nak apply formula begini
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang kencang , ujong2 jd ketua menteri or ydp
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-5-2022 06:13 PM
Jadi kenapa tak gantung tugas atau lucutkan terus jawatan Cikebung ni? What is this Malaysia? 1 nega ...

Ingat tak kes banglo kat Penang dulu yg SPRM pun terkejut yg sdg dlm perbicaraan pun ditarikbalik pendakwaan... Bukan digantung malah dilantik pulak jadi menteri utk  jaga wang negara....dgn kes terowong ghaibnya lagi .p
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.099763 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list