CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 900|Reply: 15

[Tempatan] Takbir...Kelantan akan bina takungan air besar. Jangan kecam!

[Copy link]
Post time 11-5-2022 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 11-5-2022 05:12 PM



Kota Bharu: Takungan air besar akan dibina di Kelantan pada tahun ini untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang berlaku di seluruh negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, takungan berkenaan akan dibina di satu lokasi yang sudah dikenal pasti di Machang.

Menurutnya, projek pembinaan berkenaan adalah menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sudah dipersetujui oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa).

"Kasa akan mengumumkan jumlah peruntukan dalam masa terdekat dan kementerian itu akan melantik kontraktor bagi pembinaan takungan air terbabit.

"Projek ini juga adalah antara usaha kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah air yang berlaku di Kelantan.

"Air di Kelantan termasuk bawah tanah, hujan dan sungai melebihi keperluan, namun kita tidak ada tempat untuk menyimpannya.

"Dengan adanya takungan itu dapat menyimpan bekalan air yang banyak di negeri ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

DATUK Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui di pejabatnya selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini, hari ini. FOTO Hidayatidayu Razali
Mohd Amar berkata, cadangan pembinaan takungan air itu sudah dibincangkan sejak dua tahun lalu antara kerajaan negeri dengan Kasa dan pada dasarnya sudah dipersetujui.

Mengulas lanjut berkenaan masalah air, Mohd Amar berkata, untuk menyelesaikan masalah bekalan air, Kelantan memerlukan sekitar RM7 bilion termasuk untuk pembinaan loji baharu dan tukar paip pecah.

"Kos penukaran paip adalah besar dan kos RM7 bilion itu tidak besar, misalnya Perlis yang memerlukan RM3 bilion untuk menyelesaikan masalah air. Sedangkan negeri itu (Perlis) ini kecil berbanding Kuala Krai yang tiga kali ganda lagi besar.

"Jadi tidak pelik kalau Kelantan memerlukan RM7 bilion untuk selesaikan masalah air. Macam saya sebut Kelantan perlu menukar sistem paip lama membabitkan jarak 5,000 kilometer. Kalau kita naik kapal terbang, kita sudah sampai ke Dubai.

"Projek tukar paip ini memakan masa yang agak lama, bukannya dalam satu masa. Orang awam ini tidak faham isu (selesai masalah air dengan cepat)," katanya.

Beliau berkata, Kelantan mengambil air di bawah tanah dan bukannya air sungai. Air Kelantan juga bersih dan warna kekuningan atau keruh disebabkan kandungan besi tinggi bertindak balas dengan klorin.

Disiarkan pada: Mei 11, 2022 @ 2:37pm





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
berapa kali.rmk dah..katanya nak binakaanebatan banjir sejak zaman.mahathir
kos berbillion
mana pergi aemua plan tu...tak execute kah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Projek tukar paip ini memakan masa yang agak lama, bukannya dalam satu masa. Orang awam ini tidak faham isu (selesai masalah air dengan cepat)," katanya

-kalau dr zaman nik ajis lagi korang buat, tak de la rumah masing2 kotor tak berbasuh. Cer citer pulak acaner korg nk atasi masaalah sampah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 05:47 PM | Show all posts
Moga benar2 terlaksana bukan sekadar berkata2
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Undilah kerajaei islei serambi mekoh utk 30 tahun lagi….

Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 06:46 PM | Show all posts
inilah masalah bila lebih pandai sembang dari buat kerja

sama je dengan kerajaan PH
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 11-5-2022 08:48 PM

Nik amar ni kalu x  sembang babi terbang mmg x sah..Zmn Madey federal dah bagi  loan 600juta.zman ph dpt pulak duit royalti sedebuk 400juta.sume duit tu lobai wat perabis joli katak beli merc etc..masalah air x penah2 setel.la ni nak paw 7billion pulak..



Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rabiyatol Aldawiyah si penggali perigi belakang rumah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 08:58 PM | Show all posts
When personal  interests outweighs kesejahteraan rakyat
boleh dia beli Mercedes dulu  ..
dah lah berhutang dengan federal untuk bayar gaji state gomen punya staff
sembang air
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang awam tak paham isu mu oyak?..nanti mu kaloh bilo ngundi baru la mu tahu ado isu ko dop..baso gom tok abis kakah ni…
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 11-5-2022 08:58 PM
When personal  interests outweighs kesejahteraan rakyat
boleh dia beli Mercedes dulu  ..
dah lah ber ...

Tepat sekalii
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:13 PM | Show all posts
Mimpi di siang hari lah PAS//kalau tak cakap merapu bukan PAS PIS PUS namanya....masalah rumah lepas banjir hari tu dah settle ke?? tengok tengok..tukar kereta merc lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dia bukan masalah takde air mcm kat negara arob sana..air banyak je..cuma air teh tarik la..mcm mana nk jernihkan air teh tarik tu yg masalahnya
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang betul hidup, air tanggungan kjn negeri blh plk lobai mintak org lain setelkan, bila time pru klau x maki hamun ckp parti lain x betul x guna x islamic pandai la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Projek tukar paip memang lama. Tapi apa yang kau dah buat selama 30 tahun memerintah? Orang sudah lama bersabar. Bukannya setahun-dua
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting ada Quran atas mejaaaa.... Membangun bersama isleyyyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.094227 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list