View: 1450|Reply: 12
|
[Jenayah]
Keldai akaun: Pemilik akaun bakal disenarai hitam buka akaun baharu
[Copy link]
|
|
Penggunaan akaun keldai semakin berleluasa digunakan penjenayah untuk menerima wang hasil daripada aktiviti penipuan dalam talian dan menerusi media sosial, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din.
KUALA LUMPUR: Maklumat akaun bank yang digunakan sebagai akaun keldai akan dikongsi oleh polis dengan semua institusi kewangan supaya pemiliknya disenarai hitam daripada membuka akaun baharu.
Maklumat berkenaan juga akan disenaraikan dalam ‘Portal Semak Mule’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang boleh diakses melalui https://ccid.rmp.gov.my/semakmule.
Pengarah JSJK Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din, berkata trend jenayah komersil kini menyaksikan akaun keldai semakin berleluasa digunakan oleh penjenayah untuk menerima wang hasil daripada aktiviti penipuan dalam talian dan menerusi media sosial.
“Sepanjang tahun lepas, sebanyak 29,769 akaun bank didapati digunakan sebagai akaun keldai, manakala bagi tahun ini sehingga 10 Mei lepas, sebanyak 1,669 akaun keldai direkodkan.
“Daripada jumlah itu, seramai 12,659 individu ditahan dan dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan kerana membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk aktiviti jenayah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kamarudin berkata, siasatan polis menunjukkan individu membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh penjenayah sebenarnya mengetahui bahawa mereka tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat akaun kepada mana-mana pihak.
Justeru, beliau menggesa individu atau syarikat yang tidak lagi mempunyai kawalan ke atas akaun bank mereka dan akaun itu digunakan untuk kegiatan menyalahi undang-undang, agar segera menutup akaun berkenaan.
“Tindakan tegas akan diambil dengan menangkap mana-mana pihak yang membenarkan akaun bank mereka digunakan sebagai akaun keldai dan seterusnya mencadangkan pertuduhan ke atas mereka kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.
Kamarudin turut memohon kerjasama pertubuhan bukan kerajaan di negara ini untuk membantu polis memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa mereka tidak boleh berselindung sebagai mangsa apabila membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh orang lain untuk aktiviti jenayah dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik akaun berkenaan sebagai rakan sejenayah dan pensubahat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setakat black list jelaa tapi duit org tu bukan dapat balik.
Bank tanak pun tolong pindahkan balik duit tu akaun mangsa.
Alasan pihak bank takleh wat gitu takleh sesuka hati nak pindahkan duit dr akaun org.
Sakitnya hati iols sampai la nih tak hilang.
Scammer plak tetap aman2 je menipu org sbb tak kena tahan sampai ke sudah.
Akaun ig pun masih aman2 je tak kena block ke apa, takkan takleh trace langsung owner tu??
Takkan susah sgt nak menangkap seekor scammer? |
|
|
|
|
|
|
|
Bank2 bangsat ni sebenarnya bolih trace the flow of money. Pembohong kalau Bank kata tak tahu. Kerajaan diminta menarik balik lesen operasi Bank2 ni sebab tak bolih jadi "guardian" untuk akaun customer. Bank cuci tangan ke jauh sekali nak membantu mangsa scammer. Go "F" la to the Bank. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik punya law...macam takde efek langsung kat kaldai..ini bukan kaldai akaun...kaldai law namanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga keldai akaun, scammer dan orang dalaman bank yg jadi keldai jugak mati nanti mulut keluar ulat |
|
|
|
|
|
|
|
ah long dgn scammer kat malaysia ni terang2 bebas.... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia ni syurga scammers. Hak pengguna pun takde. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.. Dahulukan menyekat akaun bank scammer termasuk Love Scammer.. Akaun suami/bekas suami culas bayar nafkah belakang kemudian.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bank ini policy die terpakai bila die nak rugi ja... Org lain punye rugi dan masalah bukan hal die... Kalau nak kes dpt balik duit kene pasang lawyer... Baru ade akai bank ni... Scammer juga yg bebas... Ape punye policy la |
|
|
|
|
|
|
|
Biasala..Along berlesen kan |
|
|
|
|
|
|
|
Polis report dh ada (walaupun selalunya NFA aka dibakul sampah kan)
Report ke bank dah dibuat (bank boleh jer trace, at least bagi lah status kpd yg buat report)
Last2, nothing happen....
Scammer terus bermaharajalela, keep scam org lain...
Keldai akaun pun takde terima apa2 tindakan...
Tutup jelah Jab Siasatan Jenayah Komersial tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bakingsoda at 13-5-2022 10:05 AM
bank mmg hanat pon kalau duit hilang (bukan transfer tapi dicuri) acah2 nak membantu kena buat report isi borang bagai, pastu nan hadoo follow up. kalau kita yg asyik all mende sama je dia akan cakap sampai ko sendiri dah malas nak tanya. bank = noreen |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 13-5-2022 10:32 AM
tiber...aku terfikir..scammer ni..mungkin...'satu unit khas diwujudkan/dibiayai oleh bank' tuk curi duit...kalo x... canna scammer boleh tau sapa ada/xde duit@segala butiran peribadi pelanggan secara lengkap???#bnyknengokciteromputeh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|