CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1396|Reply: 16

Dua Beradik Tersilap Kahwini Pengantin Lelaki Sebab Bekalan Elektrik Masa Majlis Kahwin

[Copy link]
Post time 12-5-2022 10:21 AM | Show all posts |Read mode
NEW DELHI – Dua adik beradik pengantin perempuan secara tidak sengaja mengahwini pengantin lelaki yang salah selepas bekalan elektrik terputus ketika upacara perkahwinan mereka diadakan, lapor portal berita MailOnline.


Acara perkahwinan dua pasangan pengantin itu berlangsung di sebuah kampung di negeri Madhya Pradesh, India.


Dalam kejadian pada Ahad lalu, seorang sami meneruskan upacara perkahwinan, namun dengan tidak sengaja tertukar antara dua pasangan berkenaan.




Foto: India Today




Bapa pengantin perempuan, Ramesh Lal berkata, sami itu mungkin keliru kerana kedua-dua anaknya memakai pakaian merah dengan selendang menutup bahagian muka.


Dua anak pengantin tersebut, Nikita dan Karishma dijadualkan melangsungkan perkahwinan dengan Dangwara Bhola dan Ganesh, dua lelaki daripada keluarga berbeza.


Kesilapan itu hanya disedari apabila dua pengantin lelaki tersebut membawa isteri mereka pulang ke rumah.


Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada dua pengantin perempuan itu mengenali lelaki yang mereka nikahi atau tidak. Mereka telah diminta mengulangi acara perkahwinan sekali lagi pada hari berikutnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
kat Msia time kira undi selalu blackout...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 02:19 PM | Show all posts
hahahaha gelap sgt ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 03:00 PM | Show all posts
hahahahahhahaha babiklahhh boleh tersalah...gelap sangat ke tu sampai semua tak nampak... takde sebut2 nama ke apa... hahahaha macam-macam lah baik india baik indon...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 03:15 PM | Show all posts
jalankan upacara kawen semula.. sorry tny.. kena cerai dulu ke x? sbb mesti dah pakaikan tali tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 03:15 PM | Show all posts
jalankan upacara kawen semula.. sorry tny.. kena cerai dulu ke x? sbb mesti dah pakaikan tali tu kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
jalankan upacara kawen semula.. sorry tny.. kena cerai dulu ke x? sbb mesti dah pakaikan tali tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 04:10 PM | Show all posts
hahaha mujur sedar lepas balik rumah. buatnya blackout sampai ke pagi esok, dah kesedapan baru sedar bukan tok laki sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 05:58 PM | Show all posts
Lain kali jangan lupa suluh dulu mukanya untuk pastikan supaya tak tersilap
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu gambar adik beradiknya or setakat hiasan? Cantik iya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-5-2022 06:50 PM
Itu gambar adik beradiknya or setakat hiasan? Cantik iya.

Yg paling kiri tu kan sis. Cantik pula dia..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira nya depa tutup muka dengan shawl sehingga ke rumah baru sedar salah bini
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 12-5-2022 04:08 PM
jalankan upacara kawen semula.. sorry tny.. kena cerai dulu ke x? sbb mesti dah pakaikan tali tu kan ...

Kena cina buta dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan india satu laki sampai mati ke? tak kira suami mabok kaki pukul pon kena redho.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 12-5-2022 11:56 AM
Yg paling kiri tu kan sis. Cantik pula dia..

Ya. Yang sebelah kanan (orang ketiga dari dia) tu macam kakak dia. Lawa juga. N yang sebelah dia tu mungkin mama dia. Juga cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah yg kawin laki dlm gambar tu, persis retis cum chef malaya kek batik starbucks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 12-5-2022 07:56 PM
Yg paling kiri tu kan sis. Cantik pula dia..

Aku suke yg plg kiriiii pakai baju kuning.. hensem bangett
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.090953 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list