CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 935|Reply: 4

Lima Pelajar Universiti Rentung Dalam Kemalangan- "Kelas Pagi Ini Sangat Sayu"

[Copy link]
Post time 12-5-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pemergian sahabat mereka dalam kemalangan awal pagi sebelum Terowong Menora."


Itu antara hantaran yang tular dan dikongsi ramai di media sosial termasuk Facebook (FB) susulan nahas mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) di Kilometer (Km) 246 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Ipoh, tengah malam tadi.




Foto: FB Usas




"Mak ayah Allahyarham masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk mengecam mayat anak-anak mereka kerana mereka semua rentung dalam kemalangan. Al-Fatihah," demikian menurut perkongsian berkenaan.


Mangsa yang rentung dalam nahas itu adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak.


"Al-Fatihah. Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat," menurut catatan itu lagi.


Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasun adalah pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam; Ahmad Naim Najmi (Sarjana Muda Kaunseling); Muhammad Nabil Haikal (Diploma Pentadbiran Perniagaan) dan Ahmad Akmal (Diploma Kaunseling Islami).


Semua pelajar itu difahamkan sedang keluar kawasan atau 'outing' ke Ipoh menaiki kereta yang disewa memandangkan tiada kelas pembelajaran semalam. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokar tuu pb ke.. emm siannya
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 04:25 PM | Show all posts
sedih betul..nampak wajah anak2 ni baik2 je muka...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Reput cari ni xreti check dulu before bukak topic ke..dh la repetitive pastu berita dah sejukkkkk...mohon resign jela klu benda basic gini pun nk kena sound byk kali#incompetent
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 04:29 PM | Show all posts
Innalillahiwainna ilaihiroji'un. Takziah. Terowong ni serammm..mmg ngeri tiap kali lalu nk p loqstaq dok tringt xcident seblom2 ni. Try search yt tgk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.040142 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list