View: 493|Reply: 1
|
[Tempatan]
Sempena hari ni, 12 Mei Hari Jururawat, nak share info negara tak cukup jururawat la pulak
[Copy link]
|
|
Isu kekurangan jururawat sedang ditangani – Khairy
By Bernama
May 12, 2022
PUTRAJAYA, 12 Mei: Isu kekurangan jururawat di hospital di negara ini sedang ditangani dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Berucap merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di sini pada hari ini, beliau mengakui menerima banyak aduan berhubung kekurangan jururawat di hospital-hospital.
Menurutnya, dalam lawatannya ke Hospital Tunku Azizah (HTA) pada minggu lepas, iaitu hospital moden dan canggih yang dibina untuk ibu dan anak di Kuala Lumpur, didapati tidak dapat memaksimumkan perkhidmatan kerana tidak ada cukup jururawat.
“Jadi kita telah mempercepatkan kelulusan jururawat untuk dihantar ke HTA dan berusaha untuk menghantar mereka ke hospital lain juga,” katanya.
Sementara itu, Khairy berkata beliau akan cuba menyelesaikan isu jururawat berstatus kontrak dan perjawatan mereka.
“Ketika ini, terdapat kira-kira 3,469 jururawat berstatus kontrak. Saya akan usaha sedaya upaya untuk bantu (dalam) isu ini dan berharap jururawat akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang,” katanya. – TVS
sumber: /tvstv.my |
|
|
|
|
|
|
|
yg kawan aku share, sebab nak naikkan gaji doktor so tu pasal jawatan2 kecik ni dihapuskan untuk salur peruntukan ke gaji doktor. camtulah yg aku dengar |
|
|
|
|
|
|
| |
|