View: 586|Reply: 0
|
[Tempatan]
Pemberian vaksin Covid-19 kanak-kanak dilanjutkan
[Copy link]
|
|
Pemberian vaksin Covid-19 kanak-kanak dilanjutkan
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) melanjutkan tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama Covid-19 bagi kanak-kanak dari 15 Mei ke 31 Mei ini.
Timbalan Menterinya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, keputusan menetapkan tarikh akhir pendaftaran dan tempahan janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera pada 8 Mei lalu dikekalkan dan tempahan janji temu tidak akan lagi diterima selepas tarikh berkenaan.
"Ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei tetapi memilih tarikh vaksinasi selepas 31 Mei janji temu dalam aplikasi MySejahtera akan terbatal secara automatik," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Noor Azmi berkata, perlanjutan ini mengambil kira sambutan Aidilfitri dan cuti kelepasan am yang jatuh pada tarikh akhir pemberian vaksin serta penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada Mesyuarat CITF-C pada 10 Mei lalu.
"Bermula 16 Mei hingga 31 Mei ini vaksinasi dos pertama bagi kanak-kanak yang berusia lima tahun hingga bawah 12 tahun akan diberikan di Klinik KKM secara walk-in.
"Bagi Ibu bapa yang mendaftar anak sebelum 8 Mei untuk vaksinasi tetapi tidak mendapat pautan janji temu, mereka juga digalakkan untuk membawa anak mendapatkan vaksinasi di Klinik Kesihatan KKM yang berdekatan secara walk-in selewat-lewatnya pada 31 Mei ini," katanya.
Noor Azmi berkata, selepas 31 Mei kanak-kanak yang berusia lima hingga bawah 12 tahun tidak lagi ditawarkan vaksin Covid-19 secara percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).
"Mereka perlu mendapatkan vaksin yang ditawarkan secara berbayar di pasaran swasta dan sebagai makluman, pemakluman ini tidak terpakai bagi kanak-kanak yang baru mencapai usia lima tahun pada atau selepas 15 Mei 2022.
"Ibu bapa kepada kanak-kanak dalam kategori ini boleh membuat pendaftaran dan tempahan janji temu vaksin Covid-19 dos pertama melalui aplikasi MySejahtera sehingga 15 Januari 2023," katanya.
SumbeR:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-kanak-dilanjutkan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|