CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 0

[Tempatan] Proton Saga 2022 Baharu

[Copy link]
Post time 13-5-2022 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-5-2022 04:28 PM

Proton Saga 2022 Baharu [size=14.399999618530273px][size=0.8][size=0.9]Lizam Ridzuan
[email protected]







Subang Jaya: Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) melancarkan model Proton Saga 2022 Baharu dengan beberapa ciri peningkatan ditawarkan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah berkata, selama hampir empat dekad, model Saga menjadi pilihan pembeli tempatan dan pasaran eksport, sebagai kenderaan bagi kegunaan seharian.

"Pembaharuan yang ditawarkan menambahkan lagi ciri keselamatan dan kualiti pengendalian sebagai model paling laris untuk Proton yang terjual lebih 1.9 juta unit di lebih 28 pasaran luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Proton Saga 2022 Baharu di Pusat Kecemerlangan Proton di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

Model sedan dalam segmen-A, itu kini dengan rekaan luaran dengan kemasan gril baharu, logo Proton terkini serta skirting hadapan dan belakang pada bampar.

Ia juga dilengkapi dengan cermin sisi elektrik dengan fungsi lipatan automatik, pembuka pintu but kawalan jauh dan fungsi kemasukan pintar.
Selain itu, ia menawarkan kemasan baharu pada bahagian pintu but dengan rekaan rim aloi rekaan terkini bersaiz 15 inci.

LI Chunrong (kanan) dan Roslan pada majlis pelancaran Proton Saga 2022 Baharu di Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam. FOTO Aziah Azmee

Rekaan kabin dengan roda stereng balutan kulit, kerusi gabungan fabrik dan kulit, panel penyaman udara dan penapis udara N95 antara yang diberi pembaharuan.

Ciri kemudahan lain dengan butang penghidup enjin Push Start, sistem infotainmen Head Unit bersaiz tujuh inci dengan perisian dipertingkat menerusi Bluetooth 4.2.

Ia juga dengan kesalinghubungan untuk telefon Android dan iOS untuk larasan audio dan menjawab panggilan telefon.

Untuk enjin, ia kekal dengan enjin 1.3 liter empat silinder 16 injap, DOHC VVT menjana kuasa 95PS dan tork 120Nm dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau 4 kelajuan automatik.

Proton Saga 2022 juga dengan ciri keselamatan terbaik dua beg keselamatan SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Putih Snow, Perak Armour, Kelabu Jet, Maroon Rosewood dan Merah Ruby.

Empat varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Proton Saga 1.3L Standard MT (manual) pada harga RM34,400, 1.3L Standard AT (RM38,300), 1.3L Premium AT (RM41,300) dan 1.3L Premium S AT (RM44,300).

Semua harga atas jalan tanpa insurans dan cukai jualan.



Disiarkan pada: Mei 12, 2022 @ 6:50am





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035301 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list