CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5950|Reply: 98

[Tempatan] Harga siling ayam, telur, subsidi minyak masak botol tidak diteruskan mulai 1 Julai ini.

[Copy link]
Post time 21-6-2022 06:50 PM | Show all posts |Read mode
Harga siling ayam, telur, subsidi minyak masak botol tidak diteruskan

https://www.malaysiakini.com/news/625546

Diterbitkan:  Jun 21, 2022 6:43 PM⋅
Dikemaskini: 6:46 PM



Kawalan harga siling ayam dan telur ayam, serta subsidi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol dua, tiga dan lima kilogram (kg) tidak diteruskan mulai 1 Julai ini, umum Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan sesi libat urus dengan pemegang taruh industri ayam di Putrajaya hari ini, Nanta berkata langkah itu dilaksanakan untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dan dalam jangka masa panjang pula dapat menstabilkan harga.

“Harga ayam akan diapungkan dan akan tertakluk kepada kuasa pasaran. Golongan memerlukan akan dibantu nanti dengan bantuan wang tunai bersasar,” katanya maklumat lanjut mengenai bantuan wang bersasar itu akan dibuat Kementerian Kewangan.



Pada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam. Susulan penamatan subsidi itu, pihak penternak dilaporkan berharap kerajaan mengapungkan harga ayam.

Nanta dalam sidang media itu memaklumkan, subsidi minyak masak dalam bungkusan polibeg satu kilogram dan ditawarkan kepada pengguna pada harga RM2.50 sepeket, masih diteruskan.

Mengenai pemansuhan subsidi minyak masak sawit tulen itu dalam kemasan botol itu, beliau berkata subsidi barangan tersebut mencecah RM20 juta sebulan.



“Program ini adalah program sementara dan sepatutnya dilaksnakan dalam masa tiga bulan tetapi ia diteruskan hingga hari ini.

“Oleh itu, kerajaan rasakan sudah tiba masanya ia dimansuhkan supaya kerajaan boleh lebih fokus untuk bantu golongan memerlukan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen dalam kemasan botol berkuat kuasa 1 Ogos tahun lepas, dengan jaminan pengguna akan mendapat minyak masak di bawah harga RM30 untuk botol lima kilogram.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit dalam kemasan botol lima kilogram adalah pada harga RM29.70 sebotol, botol satu kilogram (RM6.70), dua kilogram (RM12.70) dan tiga kilogram (RM18.70).

Dalam sesi libat urus hari ini, Nanta berkata pemain industri ayam memberi jaminan yang kenaikan harga ayam tidak akan naik secara mendadak.



“Yang menarik untuk diterima adalah komitmen industri ini untuk bantu kerajaan dalam memastikan pengguna mendapat harga dan bekalan keperluan khususnya ayam, dengan harga berpatutan dan stabil,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa KPDNHEP akan mengambil tindakan mengikut peraturan sedia ada, sekiranya terdapat pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara berlebihan.

“KPDNHEP akan gunakan akta anti pencatutan dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan terhadap pemain industri jika langgar peraturan sedia ada,” katanya.

Ditanya adakah subsidi tepung akan dimansuhkan, beliau berkata subsidi barangan itu masih diteruskan ketika ini dan ia tidak dimansuhkan.

- Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri bersedialah dgn cercaan rakyat.memang xde solution ye control harga ayam. Ke ade percent
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka atau tak lambat laun mmg kerajaan terpaksa mansuhkan subsidi. Biar subsidi/bantuan diberikan kepada golongan yang betul2 layak dan memerlukan.
Rakyat kena bijak berbelanja dqn jangan boros. Utamakan keperluan dan cukup-cukuplah bazir duit untuk benda-benda bodoh dan tak berfaedah. Jangan ada ahli politik bangsat mainkan isu untuk raih undi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok beli minyak masak 10botol dulu, tapi memg sejak pkp menu makan dah berubah,  makan simple2 jer
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 08:45 PM | Show all posts
US senyum sinis. T20 sambung shopping spree. Yang marhaen juga merasa. Beralih lah ke kukus, panggang, rebus. Lebih sihat & jimat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 21-6-2022 07:02 PM
Menteri bersedialah dgn cercaan rakyat.memang xde solution ye control harga ayam. Ke ade percent

Be end yg dpt semula kuasa pun x mampu control harga brg, bayangkan lps pru dpt absolute power, sukati dia la naik tarif letrik, air, road tax, gst 10%..... hadap la rkyat 6 tahun lg bwh be end
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 21-6-2022 08:45 PM
Be end yg dpt semula kuasa pun x mampu control harga brg, bayangkan lps pru dpt absolute power, su ...

BN ke perintah sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
yg sorok2 sampai x leh eksport..hadaplah ye Indon dah caras biz kau...tamak lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
biar melambak ayam kat market dgn harga tinggi..kita tgk apa dorang nak buat..sori lah aku dah x hengen beli ayam byk2 mcm dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 08:54 PM | Show all posts
kayu punya menteri....monyet semua bising dlm dewan....yg penting kocek sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok2 dah ada penjimatan rm20juta dari pemansuhan sabsidi tu jgn pulak duit hilang ke mana
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi subsidi pun harga nk tak terkawal
yg untung tauke subsidi sebat untung pun sebat harga naik
bagi je pasaran bebas
terpulang pd kekuatan pengguna nak boikot atau nak ikut nafsu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga dedak ayam  tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:41 PM | Show all posts
Rakyat dah lama sangat sedap duduk dalam negara subsidi sambil hari2 kutuk kominis, sekarang biar dia rasa market economy tu apa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 10:49 PM | Show all posts
adm7 replied at 21-6-2022 07:02 PM
Suka atau tak lambat laun mmg kerajaan terpaksa mansuhkan subsidi. Biar subsidi/bantuan diberikan ke ...

Setuju.selama ni yg jutawan2, founder produk flex mustang emas gayut2 pun beli brg dgn harga subsidi jugak.tax entah bayar ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 21-6-2022 08:47 PM
BN ke perintah sekarang?

Mael lambung tu party Bharatiya Janata gamaknya, yg control pak mael plk wak jahit tokey party tupperware
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2022 11:33 PM | Show all posts
Firenzza replied at 21-6-2022 11:00 PM
Mael lambung tu party Bharatiya Janata gamaknya, yg control pak mael plk wak jahit tokey party tup ...

selagi controlling party bukan BN..tetap bukan kuasa mutlak BN sis oiii...
masih dipengaruhi oleh Bersatu dll....
dari PH..PN hingga skrg huru hara tiada halatuju...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2022 11:53 PM | Show all posts
Lagi payah nak jumpa minyak paket mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga brg pun x blh kawal..mcm manalah nak kawal negara..teruk sgt kah rasuah kat msia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nasib la sapo anak ramai tp gaji biforti
tp dep kata stp anak ada rezeki nya nanti
ujung2 kene catu makan anak beranak
celah mana rezeki pun aku x paham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.761360 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list