View: 4385|Reply: 2
|
Keith Foo Jadi 'Alarm' Riena Diana Solat Subuh
[Copy link]
|
|
Dibatasi beza agama selain berjarak usia 14 tahun bukan isu buat Riena Diana dan Keith Foo untuk saling melengkapi dan menerima segala kekurangan mahupun kelebihan antara satu sama lain.
Riena turut menyedari ramai tertanya-tanya sama ada mereka bakal disatukan dalam tempoh terdekat memandangkan sehingga saat ini kekasihnya itu belum memeluk Islam.
Cuma kata aktres itu, agama Islam bukan sesuatu yang asing buat lelaki berdarah kacukan Cina dan India itu kerana ada dalam kalangan adik-beradik Keith juga berkahwin campur.
“Doakan yang baik-baik, masanya (kahwin) akan tiba tetapi bukan tahun ini.
“Dia memang dalam fasa mendekati Islam sejak sebelum rapat dengan saya lagi dan kini banyak belajar dan mendengar ceramah tentang Islam.
“Kalau berkunjung ke rumah keluarganya pun ada ramai ipar duai Keith yang beragama Islam bahkan orang tuanya juga akan tanya jika masuk waktu solat.
“Saya nampak dia turut bersemangat untuk belajar. Macam sebelum ini, kadangkala dia yang bawa saya ke masjid dan sanggup tunggu saya selesai sembahyang.
“Subuh pun Keith yang jadi ‘alarm clock’ hubungi saya untuk kejutkan bangun solat,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|