View: 650|Reply: 0
|
[Tempatan]
‘Hapus saja’, beri subsidi untuk popular akan makan diri, kata pakar
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Kerajaan wajar menghapuskan segala subsidi berbentuk umum kerana disifatkan sebagai satu kerugian kepada perbelanjaan negara, kata pakar ekonomi.
Barjoyai Bardai berkata, memberikan subsidi hanya untuk meraih populariti ibarat tindakan memakan diri kerana akan menyebabkan kerajaan terus dibebani dengan hutang yang tinggi.
“Bila kerajaan sudah terlampau terbeban dengan subsidi, negara tidak akan berdaya maju sebab mereka terus menerus berhutang,” katanya kepada FMT.
Beliau turut mengambil contoh kerajaan Sri Lanka yang menggunakan pendekatan pemberian subsidi secara umum sehingga menyebabkan kewangan negara itu terbeban dan hampir menjadi negara muflis.
“Sri Lanka ada semua bentuk subsidi sehingga rumah pun ada subsidi. Akhirnya negara itu hampir bankrap kerana mereka beri subsidi untuk dapatkan populariti tetapi orang yang terima subsidi ini tak pernah puas hati jadi, ia akan makan tuan,” katanya.
Sri Lanka kini berdepan detik paling sukar di tengah-tengah krisis kewangan terburuknya sejak kemerdekaan negara pada 1948. Krisis itu semakin parah apabila kerajaannya mengumumkan kegagalan Colombo membayar hutang luar negaranya sebanyak USD51 bilion (RM215.7 bilion), sekali gus memberi isyarat bahawa negara Asia Selatan itu jatuh muflis.
Sri Lanka mempunyai kira-kira USD6 bilion (RM25.37 bilion) hutang luar negara yang perlu dibayar bagi tahun ini, manakala rizab boleh guna negara itu telah merosot kepada rekod terendah dalam sejarah iaitu hanya USD150 juta (RM634.2 juta).
Mengulas lanjut, bagi mengurangkan kesan kos harga makanan yang dijangka meningkat susulan penghapusan subsidi minyak masak dan ayam, Barjoyai berkata kerajaan wajar memperkenalkan inisiatif baucar makanan bagi kumpulan sasar khususnya B40 dan M40 yang pastinya terkesan dengan langkah itu.
“Bantuan tunai itu bagus tetapi perlu bersasar, dan bagi saya apa yang perlu diberi tumpuan ketika ini adalah bagaimana nak kurangkan kos makanan. Saya lihat pemberian baucar makanan mampu tangani kos makanan yang menjadi salah pokok rakyat ketika ini,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tambahan jumlah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi golongan B40, iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 kepada golongan bujang.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/22/hapus-saja-beri-subsidi-untuk-popular-akan-makan-diri-kata-pakar/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|