View: 1252|Reply: 14
|
[Tempatan]
Anwar: Najib batal SD lepas gagal pastikan kes mahkamah dihentikan
[Copy link]
|
|
Anwar: Najib batal SD lepas gagal pastikan kes mahkamah dihentikan
https://www.malaysiakini.com/news/626637
Diterbitkan: Jun 30, 2022 3:18 PM⋅
Dikemaskini: 3:18 PM

Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim mendedahkan, dia pernah mendapat sokongan 120 ahli parlimen untuk menjadi perdana menteri pada 2020, termasuk 15 daripada Umno.
Bagaimanapun kata Anwar jumlah tersebut berkurangan selepas dia - jika menjadi perdana menteri - enggan untuk campur tangan dalam perbicaraan mahkamah membabitkan Najib Razak.
Bercakap kepada media di Port Dickson Anwar memberitahu selain Najib, ahli parlimen yang menarik balik sokongan kepadanya ketika itu ialah Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk).
Tambah ketua pembangkang itu, sokongan ahli parlimen Umno yang dibuat melalui perakuan bersumpah (SD) itu tidak dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong melaluinya.
Sebaliknya kata Anwar ia dihantar terus ke Istana Negara.
"Ada (SD) yang dikirim terus ke istana, termasuk yang disebut 15 dari Umno, tetapi PH (Pakatan Harapan) pada masa itu menyatakan bahawa jumlah sokongan menjangkau sehingga 120.
"Prinsip (PH), kami tidak menerima SD daripada Najib dan Zahid tetapi menjadi hak dia untuk tandatangan menyokong sesiapa ikut proses (yang ada)," katanya.
Tak sedia berkompromi
Anwar menjelasan ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana walaupun SD Najib dan Ahmad Zahid tidak diambil kira, PH masih memiliki jumlah majoriti - iaitu 118 - untuk membentuk kerajaan.
Apa yang berlaku sesudah itu, menurut Anwar, dia diminta untuk memberi kepastian bahawa urusan mahkamah membabitkan pemimpin Umno - khususnya Najib - tidak diteruskan.
Kata Anwar mereka mahu dia menggunakan kuasa sebagai perdana menteri untuk memastikan perbicaraan tersebut tidak berterusan.
"Saya tidak bersedia melakukan hal itu.
"Jadi, walaupun jumlah sokongan mencukupi dan laluan sebagai perdana menteri sudah cukup kuat, saya tidak bersedia untuk berkompromi dalam soal kebebasan badan kehakiman," katanya.
Ekoran keengganan itu kata Anwar Najib kemudian mengusulkan nama lain sebagai calon perdana menteri pada saat-saat akhir.
Terdahulu Anwar ditanya media mengenai dakwaan dibuat bekas pengarah pilihan raya Umno Malaysia Tajuddin Abdul Rahman pada 27 Jun lalu mengenai SD ditandatangani Ahmad Zahid.

Menurut Tajuddin dia ditekan oleh Ahmad Zahid untuk menurunkan tandatangan pada SD bagi menyokong Anwar bagi menggantikkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjadi perdana menteri.
Mengulas lanjut Anwar menegaskan pendedahan Tajuddin itu membuktikan dia memang sudah mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri kira-kira dua tahun lalu.
Hal itu berlaku, katanya, di sebalik pelbagai tuduhan dan diperolo-olokkan pelbagai pihak yang meragui kenyataan dibuatnya.
Katanya dia juga mengambil sikap enggan menjawab tuduhan tersebut kerana berpendapat hubungan dengan pihak istana perlu dikekalkan dalam keadaan beradab.

Malah kata Anwar dia bersyukur kerana keadaan sebenar apa yang berlaku ketika itu terbongkar dengan sendirinya melalui pendedahan Tajuddin.
"(Ia adalah) dalam cara kita memuliakan institusi raja dan juga menghormati prinsip perlembagaan.
"Kalau ditakdirkan jadi (perdana menteri), alhamdulillah jadilah begitu, kalau tidak pun, kita bersabar dan teruskan perjuangan.
"Tapi yang nyata sekarang, orang yang buat tohmahan itu telah melakukan kesalahan besar dan fitnah, malah mempermainkan, memperolokkan di media sosial begitu dan begini.
"Ada yang beranggap kita sedia buat apa saja termasuk bersekongkol dengan kleptokrat (untuk jadi kerajaan), itu tak benar," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
dlu kata bang non gila number...sekarang sapa yang talam muka kalau pemimpin umngok idol tu..
tuhan baru bagi kilat kat pala2 umngok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Klau x silap klau menipu dlm SD blh kena denda & jail.....yg pelik brp ramai politaik umngok yg tipu SD nape penguatkuasa x tangkap diorg sumbat jail? |
|
|
|
|
|
|
|
Well at least dlm isu ni iols puji bangnon despite x sokong dia jd piyem |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 30-6-2022 08:52 PM
Klau x silap klau menipu dlm SD blh kena denda & jail.....yg pelik brp ramai politaik umngok yg tipu ...
kira tipu ke sbb umngok cuma tarik balik sd, bukan bagi sd pelesu |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkahkah bangang punya najib dgan zahid, nak selamatkan diri punya pasal sanggup comolot dgan nuat dapig. Nasib lah tarik balik, kalau tak @kemaruk @rashiman @Simunggu kena jilat pulak jubo nuat dapig kan kan kan??  |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke sembang pun gajah terbang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 1-7-2022 08:27 AM
Firenzza replied at 30-6-2022 08:52 PM
Klau x silap klau menipu dlm SD blh kena denda & jail.....yg pelik brp ramai politaik umngok yg tipu ...
Kalau tangkap semua mereka tu, hakim tak akan cukup tangan dn kepala untuk sabitkn kesalahan. Hakim pening, mahkamah rayuan pun rancak atur jadual, tup2 pru pun datang, maka bersurailah mereka. Perkara tinggal dlm perkara, jadi catatan sejarah yg penuh reka. Walhal yg jelas bersalah, dah sabit hukuman pun masih mampu berlagak wira membela bangsa kononnyelah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mahachai2 umngok yg dok kutuk2 bangnon gila nombor la apa la dulu tu mesti skrg dah termalu lari masuk gua kan kan..

|
|
|
|
|
|
|
|
berani seru nama kita???...
|
|
|
|
|
|
|
|
Takpe, boleh teruskan ratib nuat dapig nuat dapig smpai lebam sbb najib penjenayah dah tarik sd. Mmg dasar penyangak lah puak2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa nak bekas banduan dan peliwat jadi PM... korang nak ke??
waaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah
 |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 30-6-2022 08:52 PM
Klau x silap klau menipu dlm SD blh kena denda & jail.....yg pelik brp ramai politaik umngok yg tipu ...
Pelik btol isu ni, ada yg kata si haramjadah apa ka nama ka syopi ka Bangnon ni just hantar list nama kpd Istana...
Dia plak kata SD dihantar terus ke Istana..
Ada plak citer ckp pegawai istana x bagi SD tu ke tangan YDPA tp bawa pegi rumah Abah Mahiaddin yg prihatin lg berpenjana....
Giler btol citer2 politik tanah air...
Benda sebesar ni bleh buat mainan.... |
|
|
|
|
|
|
|
nuar kalau takat bergantung ke harapan mmg x merasa la jadi pm.
nak kata harapan bersih sangat pun, semua da nampak sendiri masa perintah 22 bulan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|