View: 4681|Reply: 109
|
[Politik]
Kenaikan harga barangan fenomena dunia, kerajaan difitnah pembangkang- PM
[Copy link]
|
|
Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan menjadi mangsa fitnah pembangkang apabila didakwa tidak mengambil peduli soal kenaikan harga barangan yang membelenggu orang ramai ketika ini.
Mengulas mengenai demonstrasi yang diadakan Amanah di Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur, Jumaat lalu perdana menteri berkata, bantahan tersebut sebenarnya gagal kerana ia tidak mendapat sambutan.
Ismail Sabri berkata, isu kenaikan harga barangan adalah fenomena yang melanda seluruh dunia dan kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan bagi memastikan harga barangan tidak melambung tinggi.
"Isu yang terbesar hari ini adalah isu kos sara hidup. Minggu lepas di Masjid Jamek Kampung Baru, satu parti pembangkang buat demonstrasi di dalam kawasan masjid, itu pun ada 40 orang saja yang sertai.
"Kalau buat kat luar tak ada orang yang nak sertai. Mereka buat pelbagai tuduhan," katanya di Kampung Gajah, Pasir Salak di Perak hari ini.
Menurut Ismail Sabri kerajaan sedar ada banyak barang yang mengalami peningkatan harga, malah dia sendiri membuat tinjauan rambang di premis perniagaan.
Katanya kemelut berkenaan tidak dapat dielakkan kerana isu kenaikan harga pelbagai barang keperluan bukan saja melanda Malaysia sebaliknya di peringkat global.
"Kita subsidikan makanan ayam (ternakan), subsidikan harga ayam RM700 juta untuk pastikan harga ayam kekal dengan harga siling. Begitu juga dengan harga barangan asas lain, turut disubsidikan dan kerajaan belanja sebaanyak RM70 bilion," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, di Kampung Gajah, Pasir Salak, hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman.
Dalam pada itu Ismail Sabri turut menafikan dakwaan pembangkang bahawa kerajaan akan menghapuskan subsidi pada 1 Jul.
Katanya, tiada pembatalan subsidi bagi barangan keperluan asas kecuali subsidi minyak masak botol - yang diperkenalkan kerajaan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) - kini ditamatkan.
"Subsidi apa dibatalkan? Kita belanja RM4bilion untuk kekalkan RM2.50 sekilogram (harga minyak masak paket). Kalau tak subsidi RM9.50 sekampit satu kilogram.
"Jadi mereka terus berbohong seolah-olah tak ada Tuhan, kononnya 1 Jul semua subsidi ditarik balik," katanya.
https://www.malaysiakini.com/news/626975
|
|
|
|
|
|
|
|
acik2 bengap mana la paham isu global ni
dorang ingat benda ni berlaku kat malaysia je
jenis yang senang termakan hasutan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis2 dengan alasan alasan alasan
Dah kemaruk nak jadik kerajaan sampai 70 muntri / timbalan muntri ... makan gaji buta aje lah macam ni
Mamat ni pon dah senyap , dulu gah sangat :
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ayam sado tetiba muncul dari alam ghaib tersenyum sinis.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu mael..kerajaan mael terbaik..kita PRU tahun depan je  |
|
|
|
|
|
|
|
semoga bn melingkup next pru dek generasi muda |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ...ok
Ikut ko , beza antara minyak masak Neptune & Aliff adalah 33 ringgek untuk 5 kg ye
Hmmmm ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguih betul PM Mael Sabri dok ratib pasal pitenah
Biasak lah tu
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ko yang letak gambar alif vs neptune
nak konar2
ko tak baca surat khabar ke
semua harga barang naik
takkan M40 dan T20 pun nak subsidi minyak masak?? subsidi telur?? subsidi ayam???
muka tak malu ke???
tak malu dengan @Friska ke???
ni graf subsidi vs AP mana???
 
|
|
|
|
|
|
|
|
sam1528 replied at 4-7-2022 01:53 PM
Baguih betul PM Mael Sabri dok ratib pasal pitenah
Huish bila menang saman ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Macai totok party asobiyyah tak mampu jawab
Jadik lah troll
Graph AP vs subsidy ye ...
Hmmmmm.....
|
|
|
|
|
|
|
|
memalukan jah Piyem main fitnah2 org......
|
|
|
|
|
|
|
|
Maka merepek lah sorang macai totok party asobiyyah macam ni :
ko yg tongong tk baca surat khabar
dpt ijazah ekonomi pun dripada ceramah mat sabu ngn mahfuz omar
ko kan juara tepek graf liyana ma**ki forum
dia takde ke tepek graf subsidi vs AP sam?? Kesian ... fakta tadak ... auta lebih
|
|
|
|
|
|
|
|
apa lak takde fakta...
betul la... satu dunia harga barang naik laaaa
gi la baca surat khabar
ko tu
mana fakta graf subsidi vs AP???
melampau sngt tongong ko ni

|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman ph jugak terbaik dpt harga barangan murah. Zaman bn penyangak ni macam2 menyusahkan rakyat!
|
|
|
|
|
|
|
|
ladang sawit kiri kanan highway pun... still mahal jugak minyak masak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|