CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Pulau Pinang] ASF: Pampasan kepada penternak akan dimuktamadkan

[Copy link]
Post time 19-2-2023 10:04 PM | Show all posts |Read mode
ASF: Pampasan kepada penternak akan dimuktamadkan

19 Februari 2023 09:25pm






Laporan Sinar Harian pada Selasa.




NIBONG TEBAL - Pampasan kepada penternak terjejas akibat penularan African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika akan dimuktamadkan pada peringkat Kementerian Kewangan dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foon Hin.

Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berhubung isu pampasan tersebut.
"Saya telah banyak kali berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung isu pampasan kepada penternak (terjejas akibat ASF) dan saya dimaklumkan sudah tersedia, cuma belum nampak secara hitam putih.


"Kenyataan rasmi (peringkat kementerian) akan dibuat...saya rasa dalam masa terdekat dan kami mohon penternak yang terlibat supaya bersabar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di ladang babi di Kampung Selamat dan Perkampungan Valdor pada Ahad.

Turut serta dalam lawatan bagi meninjau situasi semasa ASF di Pulau Pianng itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan mereka turut mengadakan dialog bersama penternak yang terjejas.

Foon Hin berkata, setiap ladang babi yang sudah diuji dan memang positif perlu mematuhi dasar yang ditetapkan iaitu menjalankan proses pelupusan semua ternakan babi serta mengambil masa selama 80 hari baru ladang terlibat boleh beroperasi semula.



Katanya, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) perlu mematuhi dasar telah ditetapkan itu dan beliau juga berharap semua penternak juga patuhinya demi biosekuriti serta kebajikan pengguna.

Setakat ini, ASF telah menjangkiti30 ladang babi komersial di Pulau Pinang dan melibatkan 68,659 ekor babi dengan sebanyak 14,385 ekor babi telah dilupuskan daripada 16 ladang. - Bernama


sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.953870 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list