CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 476|Reply: 2

[Kedah] Laut terbelah di Langkawi gamit pengunjung

[Copy link]
Post time 21-2-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode

FENOMENA 'laut terbelah' antara keunikan di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi dan dinantikan penduduk tempatan serta pelancong yang mengetahuinya menerusi media sosial. FOTO Hamzah Osman

Langkawi: Fenomena laut terbelah susulan kemunculan beting pasir sepanjang 600 meter di Pantai Tanjung Rhu di sini pagi ini menarik perhatian lebih 1,000 pengunjung.

Fenomena unik selama sejam mulai 7 pagi itu muncul sekali dalam setahun selepas air laut di kawasan itu surut sehingga 0.1 meter.

Difahamkan, kejadian sama yang menarik perhatian pelancong dan penduduk tempatan akan berlaku lagi esok mulai 8 pagi dan 9 pagi Khamis.

Pemandu pelancong yang juga Pencinta Alam Sekitar, Zoher Mustan, 58, berkata fenomena unik air laut surut pada paras 0.1 meter (m) dan ada ketika surut penuh berlaku pada setiap tahun.

"Apabila ia berlaku pengunjung dapat berjalan sejauh kira-kira 600 meter sehingga Pulau Penyu, Pulau Kelam Baya dan Pulau Cabang.

"Pengunjung turut berpeluang menyaksikan pelbagai hidupan laut yang biasanya ditemui ketika selam skuba termasuk ikan sebelah, cacing laut, ketam dan pena laut," katanya.

Turut meninjau fenomena air surut itu Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya.

Abdul Gafar berkata, keunikan fenomena jarang berlaku itu diyakini boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan di pulau legenda itu.

"Rata-rata pengunjung mengetahuinya menerusi media sosial dan mereka kelihatan teruja berjalan atas beting pasir dan melihat pelbagai habitat hidupan marin.

"Keselamatan terkawal kerana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membunyikan siren amaran memastikan pengunjung berpatah balik sebelum air pasang semula," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid mengesahkan air laut surut pada paras 0.1 m selama tiga hari pada waktu berbeza bermula hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wi-gamit-pengunjung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2023 05:10 PM | Show all posts
Ada rezeki boleh melawat tempat ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka pergi belah sini view cantik dan tak ramai sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.549971 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list