CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 2

[Kedah] Ahmad Bashah mahu aktif politik semula

[Copy link]
Post time 22-2-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Ahmad Bashah mahu aktif politik semula


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Februari 22, 2023 @ 4:40pm [email protected]







ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengesahkan beliau akan kembali aktif politik namun menegaskan tindakannya itu bukanlah untuk merebut jawatan.

Ahmad Bashah berkata keputusan beliau untuk kembali aktif dalam UMNO adalah semata-mata untuk memperkukuhkan parti itu.

"Saya memang ada menghantar borang pencalonan sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar tapi bukanlah bertujuan untuk merebut jawatan.

"Pada usia 73 tahun tiada apa lagi yang perlu dikejar dalam dunia politik.

"Niat saya cuma satu iaitu untuk membantu parti. Ini parti yang saya sertai sejak usia muda dan amat saya sayang. Apabila melihat keadaan parti ini sekarang, saya fikir dah sampai masanya untuk kembali dan membantu memperkukuhkan parti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, media membuat spekulasi Ahmad dijangka kembali aktif dalam politik selepas menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam mesyuarat pemilihan UMNO Mac depan.

Menurut sumber, Ahmad Bashah, yang bersara daripada politik selepas Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU- 14) 2018 sudah menyerahkan pencalonannya untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar.

Ahmad Bashah yang pernah menjawat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata keputusan untuk menghantar borang pencalonan itu antaranya disebabkan jawatan itu sememangnya kosong setelah penyandangnya, Datuk Mohd Yusof Ismail digantung keahlian selama enam tahun sejak tahun lalu.

Katanya, sekiranya jawatan itu masih dipegang mana-mana individu, beliau tidak akan menghantar borang pencalonan itu kerana tidak berhasrat mahu merebutnya daripada sesiapa.

Selain itu beliau berkata sekiranya dipilih untuk menjawat jawatan itu, beliau akan berusaha untuk kembali mengharmonikan UMNO Bahagian Alor Setar.

"Tindakan ini pun didorong oleh kawan-kawan lama termasuk UMNO peringkat cawangan. Kalau saya jadi ketua bahagian pun, bukannya saya boleh buat (kerja) seorang, sebaliknya perlukan bantuan dari kawan-kawan lain juga.

"Hendak mengharmonikan parti ini bukan sesuatu yang mustahil tetapi perlukan kerjasama semua. Cuma itu saja niat saya dan seperti ditegaskan tadi, saya tiada niat untuk merebut jawatan ini daripada sesiapa," katanya.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2023 04:54 PM | Show all posts
Pemilihan UMNO: Hasmuni tarik diri, beri laluan kepada Akmal

oleh ROSLINDA HASHIM22 Februari 2023 04:37pm






Hasmuni




ALOR SETAR - Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan 2023-2026.

Keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh untuk bertanding jawatan berkenaan.

Susulan penarikan diri itu juga, Hasmuni mengumumkan telah menawarkan diri bagi bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Saya mengambil pendekatan untuk berjiwa besar dan tidak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, daripada pemerhatian saya Akmal yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka adalah calon paling sesuai menjawat jawatan itu,” katanya di sini pada Rabu.

Menurutnya, biarpun sebelum ini mengumumkan akan bertanding jawatan terbabit namun memutuskan untuk menyerahkan kepada Akmal bagi mencalonkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

“Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin diyakini calon paling layak menduduki jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

“Saya melihat adanya sentimen kuat mahukan calon kalangan berumur 40 tahun ke bawah, malah beliau pula merupakan seorang wakil rakyat,” ujarnya.

Pada 10 Februari, Hasmuni yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu itu telah menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sementara Akmal sebagai calon Setiausaha Pemuda UMNO pada pemilihan kali ini.




Dalam sidang media berkenaan, Hasmuni turut memperkenalkan pasukannya yang dianggotai beberapa individu untuk bertanding jawatan lain pada pemilihan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Pendaftaran bagi proses Pemilihan UMNO 2023 dibuka bermula 13 sehingga 26 Februari di Auditorium Menara Dato’ Onn bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri.

Bagi pemilihan jawatan di peringkat Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri, pendaftaran dibuka di Pejabat UMNO Bahagian atau Perhubungan UMNO Negeri.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama pemilihan Ahli MKT UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2023 03:38 PM | Show all posts
Ahmad Bashah kembali bantu bina semula UMNO

oleh ROSLINDA HASHIM23 Februari 2023 03:27pm






Ahmad Bashah




ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan kembali aktif dalam arena politik selain turut memeriahkan saingan pemilihan parti bagi sesi 2023-2026.

Ahmad Bashah mengesahkan telah menyerahkan borang pencalonan bagi bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar yang akan diadakan pada Mac depan.

Menurutnya, kemunculan semula beliau adalah untuk membantu membina semula UMNO yang mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

“Saya sudah serahkan kertas pencalonan untuk bertanding Ketua UMNO Bahagian Alor Setar di ibu pejabat UMNO negeri di Bangunan Tunku pada Isnin.

“Saya serah borang pun sebab ada kekosongan, bukan untuk rebut jawatan pada usia macam ni (73 tahun),” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ahmad Bashah yang merupakan penyandang jawatan berkenaan sebelum diambil alih oleh Datuk Mohd Yusof Ismail, membuat keputusan itu selepas Mohd Yusof digantung keahlian selama enam tahun sejak tahun lalu.

“Selepas berbincang dengan rakan-rakan politik, mereka cadangkan agar saya kembali aktif dalam politik sementara ketiadaan Mohd Yusof.

“Niat saya kembali aktif pun atas sebab mahu bantu perkukuhkan semula UMNO Bahagian Alor Setar sebab saya sayangkan parti ini,” ujarnya.




Beliau berkata, agenda utama adalah untuk kembali harmonikan UMNO khususnya Bahagian Alor Setar sebelum diperluaskan sehingga ke peringkat negeri.

“Saya mahu bantu bina semula UMNO selepas Kedah hilang semua kerusi pada PRU15 lalu.

“Mungkin selepas UMNO semakin kukuh bertapak dan Mohd Yusof pun kembali aktif, saya sedia lepaskan semula jawatan politik sebab niat pun nak bantu rakan-rakan dan parti,” ujarnya.

Ahmad Bashah percaya UMNO perlu dibina semula dan ia bukan sesuatu yang mustahil dilakukan sekiranya mendapat sokongan sepenuhnya daripada 15 Bahagian sedia ada.

“Semua harus berikan kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain untuk parti ini bangkit semula,” katanya.

Pada Mei 2018, Ahmad Bashah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi badan perhubungan UMNO Kedah dan Pengerusi BN negeri selepas parti itu mengalami kekalahan teruk dalam PRU14 lalu.

BN hanya memenangi tiga daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini, termasuk Ahmad Bashah yang turut kehilangan kerusi disandangnya selama lima penggal di DUN Suka Menanti, yang sebelum ini dikenali Bakar Bata.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.093602 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list