CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 3

[Kedah] Feri bawa 511 penumpang tersangkut di muara Kuala Kedah

[Copy link]
Post time 24-2-2023 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Feri bawa 511 penumpang tersangkut di muara Kuala Kedah


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 24, 2023 @ 8:45am [email protected]




Feri Express Bahagia 168 yang membawa 511 penumpang dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah berjaya ditunda ke Jeti Kuala Kedah selepas terkandas. - Foto NSTP/Ihsan Maritim Malaysia




KUALA KEDAH: Sebuah Feri Express Bahagia 168 yang membawa 511 penumpang yang dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah terkandas pada jam 9.15 malam tadi.

Feri berkenaan dilaporkan terkandas pada kedudukan posisi 0.8 batu nautika dari muara Kuala Kedah, di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, berkata Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah yang menerima panggilan daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) berhubung insiden itu dan menghantar bantuan aset ke lokasi dengan segera untuk penyelamatan.

Beliau berkata, feri itu dilaporkan terkandas berikutan paras air laut surut sehingga menyebabkan feri tersangkut di kawasan beting lumpur.

"Bot PERKASA 1224 kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan dalam usaha menjaga keselamatan dan membantu pihak feri serta JLM.

"Feri berkenaan berjaya ditunda balik oleh bot penunda (tug boat) milik sebuah syarikat kargo di Kuala Kedah dengan diiringi oleh bot PERKASA 1224 pada jam 11.15 malam tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Azreyanti berkata, operasi yang dikendalikan Maritim Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi itu selesai pada jam 12 tengah malam tadi.

Beliau berkata, antara agensi sahabat yang terbabit adalah JLM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"Maritim Malaysia mengalu-alukan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat dan aduan sekiranya berlaku insiden kecemasan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579 atau MERS 999 untuk maklum balas segera," katanya.

Ini adalah kejadian ketiga membabitkan feri tersangkut yang mana kejadian pertama berlaku pada 23 Oktober tahun lalu membabitkan sebuah feri yang membawa 547 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut berhampiran jeti Kuala Kedah sekitar jam 4 petang.

Dalam kejadian kedua pula, sebuah feri yang membawa 133 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut berhampiran jeti Kuala Kedah sekitar jam 4 petang pada 28 Oktober tahun lalu.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2023 10:36 AM | Show all posts
cuti sekolah, msti ada berita mcm ni,

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 10:48 AM | Show all posts
manehnya replied at 24-2-2023 02:36 AM
cuti sekolah, msti ada berita mcm ni,

bukan setakat berita feri terkandas yach, pastinyahh ada feri delay feeling-feeling kapal terbang. serik weols nak naik feri lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2023 03:32 PM | Show all posts
Themilo replied at 24-2-2023 10:48 AM
bukan setakat berita feri terkandas yach, pastinyahh ada feri delay feeling-feeling kapal terbang. ...

delay x pa lagi, dr tekandaas tgh lautan tgh malam buta, omai... ni event LIMA2023 ni harap dia tak buat pasal la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 1.220077 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list