CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 0

[Kedah] Tidak ku pinta lahir begini

[Copy link]
Post time 24-2-2023 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Tidak ku pinta lahir begini


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Zuraini (dua dari kiri) ketika menziarahi Putri Nur Damia Danisha yang menghadapi masalah tulang rapuh dan memerlukan kos sekurang-kurangnya RM30,000 untuk menjalani pembedahan. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Alor Setar: "Saya teringin sangat nak berjalan semula. Apabila lihat rakan lain bebas bergerak, saya menangis kerana nasib saya tidak seperti mereka," kata Putri Nur Damia Danisha Abdullah, 14.

Dia yang menghidap kanser tulang rapuh atau 'Osteogenesis Imperfecta Type III' sejak lahir kini bergantung sepenuhnya dengan kerusi roda untuk bergerak.

Menurutnya, dia memerlukan kos sekurang-kurangnya RM30,000 untuk menjalani pembedahan tulang di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Sepatutnya saya menjalani pembedahan pada 31 Januari lalu tetapi ditangguhkan dulu kerana kami tiada wang.

"Ibu saya meninggal dunia akibat kanser payu dara dua tahun lalu dan meninggalkan kami dua beradik tetapi adik saya yang berusia lima tahun tinggal bersama nenek sebelah ayah.

"Saya pula tinggal bersama nenek (Mariam Md Isa, 67) dan sepanjang tempoh itu, saya mencari wang sendiri termasuk menjual kosmetik secara dalam talian untuk mencari wang tetapi masih belum cukup," katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Taman Aman di sini.

Menurut Putri Nur Damia, dia sudah menjalani tujuh kali pembedahan memasukkan besi pada betis, paha dan lutut bagi menyokong tulangnya.

Katanya, dia pernah bersekolah aliran biasa kerajaan sehingga di tahun tiga sebelum dimasukkan ke sekolah pendidikan khas ketika hujung tahun lima.

"Saya terpaksa berhenti belajar kerana sering dibuli di sekolah oleh pelajar lain disebabkan saya kurang upaya.

"Namun saya sedih memikirkan nasib yang menimpa diri saya sedangkan saya tak minta dilahirkan sebegini.

"Saya buntu memikirkan untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan pembedahan yang perlu dibuat segera selain kos lain termasuk sepanjang berada di HPP nanti," katanya.

Putri Nur Damia berkata, dia berharap sangat dapat bersekolah semula seperti orang lain walaupun dirinya kurang sempurna tapi perlu lakukan pembedahan terlebih dahulu.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Putri Nur Damia 0210929000160717 atau menghubunginya di talian
016-721 2206.

Terdahulu Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal berkata, pihaknya menziarahi Putri Nur Damia memandangkan ibunya sebelum ini juga pesakit kanser.




Disiarkan pada: Februari 24, 2023 @ 11:21am














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.804709 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list