CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lif di stesen kereta api perlu sentiasa boleh digunakan

[Copy link]
Post time 1-3-2023 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Lif di stesen kereta api perlu sentiasa boleh digunakan


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 1, 2023 @ 9:24pm [email protected]




Anthony Loke (kanan) beramah mesra dengan penumpang komuter ketika menggunakan perkhimatan tren KTM Komuter Utara dari Stesen Butterworth ke Stesen Bukit Mertajam di sini. Foto NSTP/Danial Saad




BUKIT MERTAJAM: Pengurusan semua stesen kereta api diarah memastikan kemudahan lif di tempat masing-masing sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata isu kerosakan lif di stesen kereta api adalah aduan paling banyak diterima daripada penumpang.

Katanya, lif adalah kemudahan sangat penting khususnya untuk kegunaan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan wanita mengandung.

"Seperti dalam lawatan saya hari ini, seorang wanita mengandung memaklumkan bahawa ada stesen yang tidak mempunyai lif (atau tidak berfungsi) menyebabkan kesukaran untuknya.

"Oleh sebab itu, kemudahan ini perlu dinaik taraf dan kita nak pastikan semua stesen ada lif serta ia berfungsi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Bukit Mertajam, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau sempat meluangkan masa menggunakan perkhidmatan tren KTM Komuter Utara dari Butterworth ke Bukit Mertajam bagi mendapatkan maklum balas pengguna selepas KTMB menambah kekerapan perjalanan dari 26 ke 36 perjalanan sehari sejak 18 Februari lalu.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, berhubung naik taraf stesen keretapi ia memerlukan perbincangan lanjut kerana perkara itu melibatkan banyak sumber khususnya dari segi bajet.

"Kita memang ada hasrat itu (naik taraf stesen) yang kita akan lakukan dari semasa ke semasa demi memberi keselesaan kepada penumpang terutamanya bagi stesen-stesen kecil yang padat ketika waktu puncak.

"Hal ini kita memerlukan banyak sumber terutamanya bajet (kewangan) yang kita mungkin akan bincang bersama Perbadanan Aset Keretapi (RAC)," katanya.

Sementara itu, Anthony berkata, kekerapan perjalanan komuter sektor utara (Butterworth-Padang Besar- Butterworth) telah meningkatkan jumlah penumpang sebanyak tujuh peratus yang ia adalah satu perkara positif.

"Jika sebelum ini, jumlah penumpang adalah 10,480 orang sehari tetapi sejak tren ditambah ia meningkat kepada 11,224 orang setiap hari.

"Rata-rata pengguna yang ditemui juga berpuas hati dengan penambahan kekerapan perjalanan yang dilaksanakan bahkan memaklumkan kualiti kehidupan mereka lebih baik apabila dapat sampai ke rumah masing-masing sebelum jam 7 petang selepas seharian bekerja iaitu jimat satu jam berbanding sebelumnya," katanya.

Jelasnya, beliau turut akan mempertimbangkan permintaan rakyat supaya perkhidmatan bagi sektor Butterworth ke Padang Rengas ditambah termasuk cadangan laluan dari Padang Rengas diteruskan sehingga ke Ipoh.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057545 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list