CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Perlis] Dua lelaki ditahan cuba sogok polis selesaikan kes dadah RM64 juta

[Copy link]
Post time 2-3-2023 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki ditahan cuba sogok polis selesaikan kes dadah RM64 juta


Oleh Aizat Sharif - Mac 2, 2023 @ 9:15pm [email protected]




Dua lelaki direman SPRM bagi bantu siasatan cubaan sogok anggota polis bagi selesaikan kes rampasan dadah lebih RM64 juta - Foto NSTP/AIzat Sharif




KANGAR: Dua lelaki direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan dakwaan cuba memberi suapan kepada anggota polis sebagai dorongan untuk melepaskan mereka daripada tangkapan dan rampasan dadah jenis syabu bernilai RM64.8 juta di Simpang Empat, di sini pada 18 Februari lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar, selepas suspek dibawa ke mahkamah itu pagi ini.

Sumber berkata, penahanan kedua-dua suspek yang berusia sekitar 20-an tahun itu dilakukan selepas menerima laporan polis berhubung tindakan suspek itu.

"Suspek disyaki cuba memberi rasuah sebanyak RM200,000 pada 18 Februari lalu daripada anggota polis yang bertugas selepas polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Briged Utara, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis dan Pasukan Polis Marin (PPM) Perlis merampas dadah syabu seberat 1.8 tan yang bernilai RM64.8 juta dalam sebuah lori satu tan di Jalan Sungai Baru, Simpang Empat, Kangar.

"Perbuatan itu didakwa sebagai cubaan sogokan kepada polis untuk melepaskan suspek dan empat lagi rakannya yang ditahan berkait dengan kes berkenaan," katanya ketika ditemui, hari ini.

Terdahulu, suspek yang baru sahaja tamat remannya dengan polis semalam dipanggil untuk hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis di Kangar jam 5 petang semalam untuk diambil keterangan sebelum mereka kemudian ditahan.

Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Suzeliyana Hashim mengesahkan penahanan suspek terbabit.

Akhbar ini pada 23 Februari lalu melaporkan kejayaan polis Perlis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik menunda lori satu tan dipenuhi syabu seberat 1.8 tan bernilai RM64.8 juta dalam serbuan di Simpang Empat, Kangar pada awal pagi 18 Februari lalu.

Susulan penemuan dadah itu, polis kemudian melakukan serbuan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan menahan lima suspek berusia antara 29 hingga 49 tahun, termasuk seorang wanita dipercayai penyanyi kelab malam.

Seorang daripada suspek yang ditangkap itu menawarkan wang berjumlah RM200,000 kepada anggota polis dengan tujuan sogokan itu untuk menutup dan menyelesaikan kes itu.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.308534 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list