CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

[Pulau Pinang] Semakin ramai peniaga makanan abai tanda harga

[Copy link]
Post time 3-3-2023 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Semakin ramai peniaga makanan abai tanda harga

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 3, 2023 @ 3:09pm [email protected]




Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader




GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menguatkuasakan Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973, Seksyen 8(1) yang mewajibkan peniaga mempamerkan tanda harga pada barangan jualan masing-masing.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata tinjauan pihaknya terhadap gerai makanan, pasar basah, gerai pasar malam, restoran dan kedai runcit sekitar Pulau Pinang, mendapati semakin ramai peniaga secara terang-terangan melanggar peraturan berkenaan.

"Kesalahan utama di gerai yang mana harga jualan minuman dan makanan tidak mempunyai senarai harga atau dipamerkan petunjuk harga.

"Di restoran pula, petunjuk harga tidak dikemas kini dan mengelirukan pelanggan mereka yang percaya bahawa makanan itu dikekalkan pada harga lama," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, perbuatan tidak memaparkan harga yang betul, membuatkan pengguna seolah-olah 'ditipu' apabila membayar pesanan atau pembelian mereka.

"Menurut akta, adalah menjadi tanggungjawab penjual memaklumkan kepada pembeli mengenai harga, namun kekurangan penguatkuasaan menghalang keberkesanan undang-undang ini.

"Sehubungan itu, CAP menggesa KPDN mengambil tindakan dan menguatkuasakan undang-undang ini dengan tegas mengikut Seksyen 8 (1) Akta Kawalan Harga 1946, Pindaan 1973 dan mendakwa semua yang terbabit melakukan kesalahan," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.061867 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list