CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4614|Reply: 0

[Kedah] Harap dapat berjalan semula, tunggu wang RM48,000

[Copy link]
Post time 12-3-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Harap dapat berjalan semula, tunggu wang RM48,000


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



ZURAINI (empat dari kiri) bersama Sukarelawan CSM ketika menziarahi Putri Nur Damia Danisha Abdullah, 14, di Alor Setar, baru-baru ini. FOTO Zuliati Zulkiffli.




Alor Setar: Remaja perempuan yang menghidap penyakit tulang rapuh sejak kecil, Putri Nur Damia Danisha Abdullah, 14, masih menunggu wang mencukupi untuk menjalani pembedahan bagi membolehkan dia berjalan semula.

Menurutnya, setakat ini wang yang berjaya diperoleh selepas kisahnya disiarkan Harian Metro bulan lalu hanya RM7,000 dan masih terlalu jauh untuk dia mengumpul RM48,000 yang diperlukan.

Katanya, jumlah itu masih belum cukup untuk membolehkan dia menjalani pembedahan memasukkan besi pada kedua belah paha di Hospital Pulau Pinang.

"Saya nak sangat berjalan macam kawan-kawan lain dan bersekolah semula tapi duit tak cukup, pembedahan tak boleh buat lagi.

"Saya kini hanya bergantung dengan kerusi roda untuk bergerak dan kadang-kadang cemburu melihat rakan sebaya bergerak bebas di luar sedangkan saya banyak duduk di rumah.

"Saya dah buntu nak cari sumber kewangan selepas ibu saya meninggal dunia akibat kanser dan kini saya tinggal bersama nenek di Taman Aman, Anak Bukit," katanya ketika ditemui sewaktu menghadiri program Wacana 'Aku Ingin Hidup' Zon Utara 2023 yang dianjurkan oleh Cancer Survivors Malaysia (CSM) di Hotel Grand Alora, di sini semalam.

Dalam program itu, CSM bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman melancarkan Tabung Puteri Nur Damia Danisha untuk membantunya mendapatkan sumbangan.

Terdahulu, Pengerusi CSM, Zuraini Kamal menyampaikan replika cek RM9,000 kepada remaja perempuan terbabit untuk membantunya mengumpul wang yang diperlukan.

Ia menjadikan jumlah yang terkumpul setakat ini adalah RM16,000.

Sementara itu, Zuraini berkata, sebelum ini CSM turut membantu ibu Putri Nur Damia Danisha adalah pesakit kanser payu dara yang meninggal dunia dua tahun lalu dan kali ini pihaknya akan membantu Putri Nur Damia untuk memberi sokongan kepadanya untuk mendapatkan dana.

Beliau berkata, sokongan moral dan bantuan kewangan diperlukan untuk membantu remaja ini yang menghidap
'Osteogenesis Imperfecta Type III' untuk berjalan semula.

"Melalui program ini juga, kami membuat kutipan melalui ahli CSM yang dihadiri seramai 400 orang yang hadir hari ini (semalam) untuk membantu remaja ini," katanya.

Antara panel yang dijemput untuk menjayakan program itu adalah Pegawai Perubatan dan Aktivis Media Sosial, Dr Malar Santherasegapan dan Dr Sakinah Sulong.

Dalam pada itu, Zuraini berkata, program Wacana ini diadakan adalah untuk memberi sokongan kepada penjaga dan pesakit kanser selain berkongsi pengalaman masing-masing untuk mereka meneruskan kehidupan.

Menurutnya, ini adalah program kelapan yang dilakukan CSM yang mana sebelum ini pernah dibuat di Melaka, Selangor, Perak dan Pahang, Kuala Lumpur dan akan diadakan di Bangi, Selangor pada 4 Jun depan.



Disiarkan pada: Mac 12, 2023 @ 9:45am














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.127795 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list