CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1594|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mayat lelaki tersangkut di sangkar ikan

[Copy link]
Post time 13-3-2023 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Mayat lelaki tersangkut di sangkar ikan


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Pasukan penyelamat mengamgkat mayat lelaki yang ditemukan tersangkut pada sangkar ikan berhampiran Pulau Jerejak, di sini. FOTO IHSAN APMM




Georgetown: Mayat lelaki ditemukan tersangkut pada sangkar ikan berhampiran Pulau Jerejak, di sini, pada 4.25 petang semalam.

Lelaki berusia 55 tahun dari Bukit Mertajam, disahkan sebagai individu yang dipercayai terjatuh di Kilometer (KM) 5.2 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, jam 3.35 petang, kelmarin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, identiti lelaki itu disahkan polis berdasarkan pakaiannya sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

"Berikutan penemuan mayat berkenaan, operasi ditamatkan pada 5.50 petang," katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.




Disiarkan pada: Mac 13, 2023 @ 10:46am














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.121938 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list