CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3746|Reply: 1

[Perlis] Lans Koperal minta lawat kubur isteri selepas didakwa bunuh isteri

[Copy link]
Post time 17-3-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Lans Koperal minta lawat kubur isteri selepas didakwa bunuh isteri


Oleh Aizat Sharif - Mac 17, 2023 @ 11:04am  [email protected]






Tertuduh, Mohamad Nizarman (berbaju merah) dibawa keluar dari trak polis sambil dikawal ketat oleh polis bertugas di Mahkamah Kangar. - Foto NSTP/Aizat Sharif




KANGAR: "Saya nak cakap satu sahaja, saya nak melawat kubur bini (isteri) saya."

Begitulah permintaan seorang seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal kepada anggota polis mahkamah ketika dibawa keluar dari kandang pesalah Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Tertuduh, Mohamad Nizarman Hassim, 27, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya di dalam sebuah rumah di Simpang Empat, di sini pada 5 Mac lalu.

Tertuduh, bagaimanapun hanya menjawab faham selepas pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Safsufarnisya Salleh, 26, di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 Mac lalu sekitar jam 6.45 pagi dan 8.50 pagi.

Oleh hal demikian, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh memakai baju kemeja T berwarna merah dan seluar hitam, kelihatan tenang apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Nordin memohon mahkamah untuk mempertimbangkan agar tertuduh dihantar ke sebuah hospital psikiatri untuk penilaian mental selama sebulan.

Ana Rozana kemudian membenarkan permohonan Mohd Nordin dan mahkamah kemudian menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan penilaian psikiatri tertuduh.

Terdahulu, tertuduh tiba di mahkamah sekitar jam 8.50 pagi menaiki trak polis sambil dikawal ketat oleh anggota polis yang bertugas.

Media sebelum ini melaporkan tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis menembak mati isterinya, Safsufarnisya Salleh, 26, yang juga suri rumah kira-kira jam 6.45 pagi di dalam bilik di kediaman keluarga pasangan terbabit di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat pada 5 Mac lalu.

Kejadian berlaku selepas suspek yang berasal dari Setiu, Terengganu itu baharu sahaja tamat syif tugasannya dan berdasarkan saksi kejadian iaitu bapa mentuanya, dia tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 dan melepaskan lebih lima das tembakan pada jarak dekat ke arah isterinya.

Tembakan mengenai bahagian muka terutama di bahagian mata sebelah kiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2023 04:11 PM | Show all posts
'Ijat boleh lawat kubur arwah isteri bila-bila masa'


Aizat Sharif
[email protected]





MOHAMAD Nizarman (kanan) yang dituduh membunuh isterinya diarah menjalani pemeriksaan mental di hospital psikiatri oleh Mahkamah Majistret. FOTO Bernama




Kangar: Keluarga Allahyarham Safsufarnisya Salleh tidak mempunyai halangan untuk menunaikan permintaan Lans Koperal Mohamad Nizarman Hassim, 27, melawat kubur isterinya itu.

Abang ipar, Mohd Hasanudin Hassan, 42, yang mewakili keluarga arwah berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah di atas keinginannya itu kerana mereka tidak pernah menyalahkan Mohamad Nizarman atau dikenali sebagai Ijat dalam kalangan keluarga tentang apa yang sudah berlaku.

"Pihak kami tidak ada masalah kerana kami tidak pernah salahkan dia dengan apa yang terjadi malah sebelum dia dibicarakan di mahkamah pun dia sempat menghubungi saya kemudian keluarga mentua dia juga.

"Dia (Mohamad Nizarman) dengan kami tidak ada masalah apa pun, dan kejadian pun bukanlah kehendak dia jadi sekiranya dia ingin melawat kubur arwah isterinya itu, biarlah dia pergi melawat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, buat sementara waktu ini, ibu dan bapa arwah adik iparnya, Salleh Eizan, 61, dan Che Mas Taha, 63 dibawa tinggal bersamanya di kediamannya di Ipoh.

"Buat masa ini di Kampung Bendang Baru (tempat tinggal Salleh Eizan dan Che Mas Taha) tiada siapalah tetapi jika saya ada di sana, saya sendiri akan bawa biras saya pergi melawat kubur arwah isterinya itu," katanya.

Mohd Hasanudin berkata, tujuan dia membawa ibu dan bapa arwah adik iparnya itu ke Ipoh adalah untuk mengelakkan mereka dari rasa kesunyian selepas kehilangan Safsufarnisya.

"Memanglah mereka terasa kehilangan bukan sahaja arwah Safsufarnisya tetapi juga Ijat dan mereka tidak pernah ada sekelumit di hati salahkan Ijat dan menganggapnya sebagai 'orang luar.'

"Walaupun saya biras dengan dia (Ijat), saya tahu bahawa dia ini adalah seorang insan yang bertanggungjawab dan sebab itulah apabila muncul pelbagai spekulasi mengenai Ijat ini saya jadi 'panas' kerana saya tahu dia bukanlah individu yang seperti mana digambarkan oleh masyarakat yang tidak pernah kenal dengan dia," katanya.

Terdahulu, Mohamad Nizarman Hassim dituduhpenilain mental selama sebulan sebelum kes disebut semula pada 14 April hadapan.




Disiarkan pada: Mac 17, 2023 @ 3:53pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.429968 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list