CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5980|Reply: 0

[Perlis] Ketiadaan Shahidan, Zahidi buka peluang UMNO ketengah muka baharu

[Copy link]
Post time 17-3-2023 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Ketiadaan Shahidan, Zahidi buka peluang UMNO ketengah muka baharu

Oleh Aizat Sharif - Mac 17, 2023 @ 5:03pm  [email protected]






Rozabil (kiri) menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Arau, Azlan (tengah) dan Fathul Bari bersaing untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar. - Foto NSTP




KANGAR: Kehilangan dua 'otai' UMNO Perlis iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin membuka ruang kepada muka baharu untuk diketengah menerajui parti, terutama selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Di Arau yang hampir 30 tahun diketuai Shahidan sebagai contoh, kepemimpinan parti di peringkat bahagian kini diterajui muka baharu apabila calon Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Rozabil Abd Rahman, disahkan menang tanpa bertanding.

Selain Rozabil yang tewas kepada Shahidan di kerusi Parlimen Arau pada PRU-15, pemilihan bagi jawatan ketua sayap parti di bahagian itu sebelum ini juga tidak ada pertandingan.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dimenangi Abdul Azim Abdullah, manakala bekas EXCO Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Perlis, Rozieana Ahmad menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Wanita.

Rozieana menggantikan penyandang jawatan itu, Datin Seri Shamsiah Yasin yang juga isteri kepada Shahidan yang dipecat daripada parti pada Disember tahun lalu.

Shahidan dan Zahidi masing-masing dipecat daripada UMNO apabila bertanding atas tiket parti selain BN, selepas masing-masing tidak disenarai sebagai calon mewakili parti itu pada PRU-15.



Kehilangan dua ‘otai’ UMNO Perlis iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim (kanan) dan Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin membuka ruang kepada muka baharu untuk diketengah menerajui UMNO. - Foto NSTP

Sementara itu di Padang Besar, ketiadaan Zahidi turut membuka ruang kepada peralihan kepemimpinan dengan saingan untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Ruzaini Rais dan Khairul Akhbar Ahmad Zabidi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula empat calon disenarai mencuba nasib iaitu Azizan Sulaiman selaku penyandang, selain Nor Halmey Hamdah, Khirul Anuar Ahmad dan Noor Hairi Noor Mohammed.

Perkembangan ini menyaksikan hampir 100 peratus pemimpin di peringkat UMNO Bahagian di Arau dan Padang Besar bakal dibarisi muka baharu.

Di Kangar pula, saingan pemilihan Ketua UMNO Bahagian menyaksikan bekas Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Azlan Man, dicabar Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.

Pastinya, kepemimpinan Azlan akan diuji selepas BN hilang penguasaan selama 65 tahun di bumi Perlis di bawah pentadbiran beliau, apabila parti kalah di semua tiga kerusi Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi pada PRU-15.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.351003 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list