CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9888|Reply: 0

[Kedah] Dua beranak terselamat, kereta terbabas rempuh rumah

[Copy link]
Post time 17-3-2023 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-3-2023 11:04 PM

Dua beranak terselamat, kereta terbabas rempuh rumah


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 17, 2023 @ 10:30pm [email protected]





Kereta yang dinaiki dua beranak terbabas dan merempuh sebuah rumah di Taman Perak, hari ini. NSTP/Ihsan Bomba















KULIM: Dua beranak terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah rumah di hadapan kepala simpang di Taman Perak, di sini, hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian empat sekeluarga yang menghuni rumah berkenaan tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata Balai Polis Trafik Kulim menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan kereta terbabit pada jam 2 petang.

Beliau berkata, kenderaan itu dipandu lelaki berusia 45 tahun bersama penumpang hadapan iaitu anak perempuanya berusia 15 tahun.


"Hasil siasatan mendapati kereta terbabit sedang bergerak lurus dari Taman Perak hendak membelok ke simpang kanan menghala ke Taman Emas.

"Setiba di lokasi kejadian, kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terlanggar rumah yang berada di hadapan kepala simpang.

"Pemandu kereta luka pada kaki dan tangan, manakala anaknya luka pada dahi dan leher. Kedua-duanya mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kulim," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Redzuan berkata, ketika kejadian, penghuni rumah itu tiada di dalam rumah berkenaan.

Berikutan itu, katanya, pemandu kereta terbabit datang ke balai polis dan membuat laporan berhubung kemalangan itu.

"Pemandu kereta turut menjalani ujian saringan air kencing dan keputusannya negatif.

"Siasatan mendapati pemandu kereta terbabit mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah tempoh dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.151908 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list