CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Selangor] Cubaan larikan diri gagal, langgar kenderaan di tengah lebuh raya

[Copy link]
Post time 15-7-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Kajang: Cubaan dua lelaki melarikan diri dari polis dengan memandu secara melawan arus di Lebuhraya Kajang Silk berakhir apabila pacuan empat roda dinaiki terbabit kemalangan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 7.18 malam membabitkan Isuzu D-Max memandu melawan arus.

"Suspek bertindak melarikan diri dari pemeriksaan polis dan memandu secara melawan arus sehingga berlaku kemalangan dengan kenderaan orang awam di tengah lebuh raya.

"Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan menjumpai beberapa peralatan disyaki boleh digunakan untuk melakukan kesalahan jenayah pecah rumah dan curi kabel," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai 24 rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan narkotik.

Katanya, ujian air kencing ke atas suspek berusia 30 dan 31 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamin.

"Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari pemeriksaan polis.

"Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 28(i)(ii) Akta Kesalahan Kecil (memiliki peralatan pecah rumah), Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (memandu secara berbahaya)," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-tengah-lebuh-raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.035345 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list