CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1491|Reply: 0

[Perak] Wanita rugi hampir RM400,000 angkara 'phone scam'

[Copy link]
Post time 11-9-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Taiping: Pengurus projek sebuah syarikat swasta di sini, mendakwa kerugian hampir RM 400,000 apabila diperdaya lima lelaki yang menyamar sebagai polis dan penghantar barangan.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang wanita berusia 57 tahun yang mendakwa diperdaya melalui 'phone scam'.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa menerima satu panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwanya dari syarikat penghantar barangan dari Alor Setar, Kedah pada 18 Ogos lalu.

Katanya, pemanggil itu memaklumkan terdapat barangan yang dihantar individu tidak dikenali dari Sarawak pada 11 Ogos lalu.

"Lelaki berkenaan memaklumkan di dalam bungkusan itu terdapat kad kredit, cip kad pengenalan, kad kredit dan 100 keping wang palsu.

"Bagaimana pun mangsa menafikannya sebelum panggilan itu disambungkan kepada empat lagi lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai 'Dato', anggota polis dari Alor Setar, Kedah dan Bukit Aman.

"Dalam perbualan itu, mangsa yang cemas diminta mendedahkan kesemua maklumat peribadi termasuk akaun bank malah turut diminta membuat pinjaman peribadi sebanyak RM 100,000," katanya dalam kenyataan satu media hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diarahkan memindahkan wang terbabit ke dua akaun bank yang diberikan.

"Dalam masa yang sama mangsa mula menyedari terdapat pindahan wang miliknya ke dalam 11 akaun berbeza melalui 18 transaksi berjumlah RM381,950 bermula 18 Ogos hingga 6 September lalu.

"Mengesyaki dirinya ditipu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping semalam," katanya.

Menurut Mohd Yusri, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 kanun keseksaan dan orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -angkara-phone-scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 12:48 AM GMT+8 , Processed in 1.704652 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list