CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1033|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Khianat tuang minyak atas jalan, laluan IOI ke Presint 15, Putrajaya licin

[Copy link]
Post time 13-9-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Laluan menuju ke Presint 15 dari IOI City Mall menjadi kawasan kemalangan selepas beberapa kenderaan terjejas akibat tumpahan minyak berkenaan.

PUTRAJAYA – Orang ramai yang melalui laluan dari pusat beli-belah IOI City Mall menuju ke Presint 15 dan 16, di sini, dinasihatkan untuk terus berhati-hati selepas jalan raya di kawasan berkenaan dilaporkan licin, ekoran ditumpahi minyak.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab yang sengaja menuang minyak di atas jalan berkenaan.

Menerusi perkongsian di satu kumpulan WhatsApp perumahan, laluan menuju ke Presint 15 dari IOI City Mall itu disifatkan menjadi kawasan kemalangan selepas beberapa kenderaan terjejas akibat tumpahan minyak berkenaan.

Melalui video dikongsikan, terdapat sebuah bekas berisi minyak dijumpai di tepi laluan berkenaan selain beberapa kenderaan termasuk penunggang motosikal turut menjadi mangsa.

Video kemalangan membabitkan penunggang motosikal itu turut dirakamkan secara langsung ketika seorang pengguna media sosial ingin berkongsikan mengenai tumpahan itu.

“Mohon berhati-hati di sekitar laluan menghala ke Presint 16 di sekolah pertama, jaga-jaga ‘cornering’ di situ.

“Atas jalan ada minyak, ada orang tuang di atasnya,” maklum Group Rumah Hassan tadi. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... 15-putrajaya-licin/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048568 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list