CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6406|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] MyKad atasi ketirisan subsidi rakyat Malaysia

[Copy link]
Post time 16-9-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode

KAD Pengenalan Malaysia (MyKad).

Kuala Lumpur: Kaedah menggunakan Kad Pengenalan Malaysia (MyKad) atau e-dompet antara penyelesaian boleh dilakukan kerajaan memastikan subsidi dapat terus kepada sasaran untuk dinikmati rakyat Malaysia.

Pensyarah di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed, berkata kerajaan boleh memperkenalkan langkah itu sebagai penyelesaian serampang dua mata berhubung keluhan rakyat tempatan mengenai isu subsidi yang diterima pekerja asing.

Untuk rekod, angka rasmi menunjukkan kira-kira dua juta pekerja asing sah berada di negara ini dan ada berpandangan atau rekod tidak rasmi dikatakan terdapat kira-kira enam juta lagi adalah pekerja asing tidak sah.

Anuar Shah Bali berkata, apabila penyaluran terus kepada pengguna yang terdiri daripada rakyat Malaysia maka pekerja asing tidak dpt menikmati subsidi berkenaan seperti subsidi beras, minyak masak, gula, tepung dan gas memasak.

"Namun, pengiraan jumlah wang yang disalurkan kepada individu Malaysia perlu mengambil kira kenaikan harga barang yang berlaku pada ketika ini agar ianya dapat mengimbangi antara kenaikan harga barangan apabila tiada subsidi.

"Kemampuan pengguna membeli melalui penyaluran subsidi di dalam MyKad atau e-dompet seolah-olah pengguna rakyat Malaysia masih membeli barangan dengan harga yang disubsidi," katanya.

Menurutnya, namun walaupun semua rakyat Malaysia boleh dapat kemudahan itu cuma kerajaan kena mengambil kira banyak faktor.

Ini katanya, supaya kerajaan tahu berapa amaun yang perlu diberikan kepada setiap isi rumah itu.

"Contohnya pasangan suami isteri yang ada seorang anak berbeza dengan mereka yang ada enam orang anak sebab ini melibatkan makanan. Jadi lebih banyak bahan makanan yang disubsidi diperlukan untuk isi rumah atau keluarga besar.

"Kerajaan perlu mengira dengan tepat mengambil kira faktor isi rumah, pendapatan dan kenaikan harga barang itu sendiri supaya apabila dikreditkan nilai yang disubsidi ke dalam MyKad atau e-dompet penerima maksudnya harga yang dibayar seolah-olah sama walaupun harga barang itu di pasaran mengalami kenaikan.

"Jika kerajaan memutuskan membuat peralihan subsidi cara ini secara bulanan, perlulah ambil kira penggunaan isi rumah dan barangan yang tersebut dalam sebulan. Kena ada kiraan yang tepat untuk mengelakkan berlakunya ketidakseimbangan yang membebankan pengguna," katanya.

Menurutnya, jika tindakan itu dibuat, sememangnya pekerja asing takkan dapat membeli barang dengan harga subsidi lagi.

Katanya, sekiranya dilaksanakan kelak, untuk rakyat Malaysia jika membeli memang akan berhadapan harga baru yang lebih tinggi tetapi mereka sudah dapat peralihan subsidi dalam bentuk MyKad atau e-dompet.

"Lebih bagus jika rakyat Malaysia guna MyKad dan e-dompet yang berkenaan untuk membuat pembayaran.

"Apa pun, sebarang pelaksanaannya juga perlu mengambil kira kategori rakyat biasa yang beli harian, mingguan dan bulanan berbanding kategori peniaga yang biasanya membeli pada kuantiti banyak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... idi-rakyat-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.839562 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list