View: 2166|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Dapur kotor, sampah berselerak
[Copy link]
|
|

KEADAAN kotor dengan sampah dan bahan mentah berselerak di dapur beberapa premis makanan dan minuman di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, yang diperiksa pihak DBKL dalam Operasi Penguatkuasaan Malam, Jumaat lalu.
Kuala Lumpur: Kotor dengan sampah berselerak. Itu keadaan dapur di beberapa premis makanan dan minuman di sekitar Bukit Bintang di sini.
Situasi itu dilihat menerusi Operasi Penguatkuasaan Malam yang diadakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Bukit Bintang pada Jumaat lalu.
DBKL dalam kenyataan, semalam, pihaknya menutup tiga premis yang didapati kotor dalam operasi itu.
"Sebanyak 19 premis makanan dan minuman di kawasan berkenaan diperiksa dalam operasi itu dengan 18 premis beroperasi, manakala sebuah lagi premis tidak beroperasi.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016," katanya.
Menurutnya, sebanyak 29 kompaun dikeluarkan dalam operasi itu atas pelbagai kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016.
"Tindakan dikenakan itu atas pelbagai kesalahan khususnya berkaitan pengendalian bahan mentah, peralatan masakan serta kebersihan premis.
"Secara keseluruhannya, tahap kebersihan di premis makanan dan minuman yang diperiksa dalam operasi itu masih tidak memuaskan," katanya.
Katanya, masih ramai pemilik premis makanan dan minuman yang mengambil ringan mengenai isu kebersihan di premis mereka.
"Jika kita lalu di bahagian belakang premis-premis berkenaan, boleh menyebabkan kita rasa hilang selera (makan).
"Justeru, kita sarankan kepada orang ramai untuk perhatikan juga rating kebersihan premis yang dikunjungi kerana pilihan (memilih premis makanan dan minuman) di tangan anda," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-sampah-berselerak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|